Pelakon Chacha Maembong, sekali lagi dikecam teruk apabila video dia berparti sakan dengan memakai bikini di Bali, Indonesia tersebar baru-baru ini. Tidak ada salahnya untuk dia berseronok dengan rakan-rakannya, tetapi mungkin aktiviti tersebut tidak perlu dirakam kerana bukan sahaja menjejaskan imejnya tetapi khuatir memberikan pengaruh buruk kepada peminat.
Bagaimanapun, Chacha mengambil sikap tidak ambil peduli dengan kutukan netizen asalkan ia tidak memberikan kesan kepada karier lakonannya.
Saya mengakui bercuti dengan rakan-rakan ketika video berkenan tular. Ini hanya percutian membabitkan rakan-rakan wanita. Saya enggan mengulas lebih lanjut, kisah yang sudah dilupakan. Saya tidak mampu menutup mulut warganet bercakap buruk mengenai saya.
Saya sudah kebal dengan hentaman warganet. Bukan mereka tidak tahu saya suka berpakaian seksi sejak dahulu lagi. Saya bukannya jenis bermuka-muka. Apa yang ditunjukkan dalam laman Instagram (IG) adalah diri saya.
Saya tak mahu dalam IG bukan main tunjuk baik. Berjumpa di luar, tidak senonoh. Saya rasa kesannya lagi buruk terhadap seseorang yang berperangai begitu.
Baginya, kontroversi adalah setiap perkara yang harus dilalui oleh setiap selebriti. Apa yang penting, dia tidak hipokrit dan menjadi diri sendiri.
Redha saja, inilah bayaran yang harus saya terima apabila memilih hidup sebagai selebriti. Namun, ia bukan penghalang untuk saya menjadi diri sendiri dan melakukan apa yang disukai.
Memang bagus kalau tidak hipokrit tetapi sebagai seorang selebriti, kenalah juga jaga reputasi diri kan?Janganlah nanti orang label hanya sekadar artis yang dikenali dengan kontroversi sahaja.