Saya Memang Suka Fesyen “Mengerlip” – Che Ta

Hiburan

Saya Memang Suka Fesyen “Mengerlip” – Che Ta

Rozita Che Wan cukup gemar menggayakan pelbagai fesyen, tetapi antara yang menjadi kegemarannya adalah fesyen “mengerlip” yang menampakkan kilaun pada bajunya.

Advertisement

Menurut Che Ta, pereka fesyen sudah cukup tahu dengan citarasanya itu. Lebih banyak kerlipan yang kelihatan dibajunya maka ia sesuatu yang bagus.

Apa yang selesa dipakai, itulah yang akan saya gayakan. Jika menempah pakaian, saya juga akan memberi pendapat kepada pereka fesyen.

Lazimnya, jika pereka fesyen membuat baju untuk saya, mereka sudah sedia maklum, lebih banyak kerlipan lagi bagus. Sebabnya, saya memang suka manik sejak daripada kecil lagi.

Tambah Che Ta, beliau turut menggemari fesyen sedondon dan sering memastikan ahli keluarganya memakai baju mengikut tema tersendiri.

Buat Che Ta, sesebuah foto itu akan kelihatan lebih cantik sekiranya semua ahli keluarganya mengenakan warna yang sama.

Sebenarnya memang saya yang siapkan baju untuk suami dan anak-anak. Sibuk macam mana pun, saya akan pastikan pakaian anak-anak semua terjaga dan mengikut tema jika kami ke luar negara.

Saya percaya gambar akan kelihatan cantik apabila semua orang mengenakan pakaian warna senada.

Ada yang tidak suka memakai baju penuh dengan kilauan kerana ia tampak sedikit “over” tetapi ada yang menggemarinya. Citarasa setiap orang didalam fesyen memang berlainan. Yang penting mereka yakin dan selesa dengan apa yang dipakai.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...