“Saya Memang Sentiasa Menemani Dia” – Ditidurkan Kerana Jangkitan Paru-Paru, Ungku Ismail Maklum Nad Zainal Kini Kritikal

Hiburan

“Saya Memang Sentiasa Menemani Dia” – Ditidurkan Kerana Jangkitan Paru-Paru, Ungku Ismail Maklum Nad Zainal Kini Kritikal

Pelakon, Nad Zainal difahamkan telah dimasukkan ke dalam hospital akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Perkara itu dikongsikan oleh rakan baiknya, Ungku Ismail menerusi Instagram Story yang memaklumkan Nad kini berada dalam keadaan kritikal dan kini dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU).

Advertisement

Assalamualaikum semua, Nad Zainal sedang kritikal sekarang dalam ICU. Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala.”

Dalam pada itu, Ungku Ismail juga memberitahu terdapat pendarahan di bahagian paru-paru pelakon berkenaan dan rawatan susulan perlu dijalankan.

Memetik laporan mStar, Ungku Ismail juga berharap agar mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan penyakit yang dialami oleh Nad, serta meminta orang ramai mendoakan pelakon itu kembali pulih seperti sedia kala.

Sejak masuk hospital Ahad lalu, saya memang ada sentiasa menemani dia. Saya cuba bantu apa yang termampu ketika dia dalam keadaan begini. Sama-samalah kita doakan Nad kembali pulih. Harap tidak ada sebarang spekulasi yang tidak betul!”

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

nad zainal Ungku Ismail
2 years ago

“Tak Ada Coverline” - Dikecam Kerana Bercuti Di Bali Bersama Ungku Aziz, Ini Jawapan Nad Zainal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...