Setiap kali Abang Nara bercerita tentang GST dengan kawan-kawan di kedai mamak, nak tak nak pasti nama Mawar Rashid turut sama terpalit dalam perbualan kami. Hehehe. Sehingga ke hari ini masih terbayang gaya Mawar menjawab soalan tentang GST di dalam video ini. Fuh!!! Memang kekal forever terpahat dalam minda. Kerana kontroversi itu, Mawar Rashid popular seantero Malaysia dalam sekelip mata. Bukan senang nak femes secepat ini kan?
Namun kalau Abang Nara meletakkan diri di kasut Mawar Rashid, memang stress, serik dan takut juga dengan apa yang terjadi. Mana tidaknya, hentaman serta kritikan diterima dari semua sudut. Sharnaaz Ahmad pun turut bantai juga. Kritikan yang paling kerap diterima sudah tentu “beauty without brain”. Akibatnya, Mawar Rashid mengakui dirinya patah semangat. Kata Mawar:-
Sejujurnya, saya memang patah semangat dek kontroversi berkenaan. Itu saya tak nafikan. Untuk orang baharu dan mentah seperti saya melalui perkara sebegitu, ia sangat menggerunkan. Daripada isu itu, orang mula mengandaikan saya tak berapa pandai. Saya bangkit dan pulih semangat semula dalam tempoh seminggu selepas kontroversi itu.
Saya ambil dan pandang apa yang terjadi itu dari sudut positif. Saya tak mahu terus larut dengan keadaan sebegitu. Saya tak mahu kontroversi itu terus menghantui dan memberi kesan dalam hidup. Apa yang terjadi atas khilaf saya sendiri. Salah saya sendiri kerana tak peka isu semasa. Selepas ini, saya akan mempersiapkan diri dari sudut fizikal dan mental sebelum berdepan dengan apa sahaja kemungkinan.
Kritikan yang diterima saya akan jadikan ruang untuk bermuhasabah dan memperbaiki diri. Insya-Allah saya masih hijau dalam dunia seni ini. Saya akan terus kuatkan diri dalam meneruskan laluan seni ini. Saya tak boleh bersikap sambil lewa dan acuh tak acuh lagi selepas ini. Salah cakap, pasti saya akan pantas dihukum. Tak nak salah cakap dan bual lagi.
Mati-mati Abang Nara ingatkan Mawar Rashid patah semangat sampai sebulan dua. Seminggu je rupanya. Ini menunjukkan Mawar seorang yang kuat semangat, positif dan sentiasa mahu memperbaiki diri. Untuk makluman, Mawar kini sudah mula menerima tawaran lakonan. Nasihat Abang Nara, kalau nak pergi interview ke apa-apa lepas ini, tanya dulu tajuk apa yang akan dibincangkan dan study betul-betul. Jangan sekadar dengar cakap pakcik dari Australia tue. Hehehe. Sumber Berita Harian.