“Saya Memang Nak Tunjuk!” – Buat ‘Live’ Masa Solat, Ifa Raziah Dedah Masih Jaga Hubungan Dengan Allah

Hiburan

“Saya Memang Nak Tunjuk!” – Buat ‘Live’ Masa Solat, Ifa Raziah Dedah Masih Jaga Hubungan Dengan Allah

Sebelum ini dikecam kerana bergelek sakan di majlis akikah, kali ini nama selebriti, Ifa Raziah sekali lagi menjadi ‘buah mulut’ netizen apabila dia membuat Instagram Live sewaktu melakukan ibadah solat.

Menurut sumber, Ifa Raziah memberitahu bahawa dia memang sengaja memperlihatkan kepada netizen bahawa dia masih menjaga hubungan dengan Allah SWT.

Advertisement

Saya memang nak tunjuk yang saya solat dan saya jaga hubungan dengan Allah. Malah sebelum masuk waktu saya dah bersedia untuk solat.”

Dalam pada itu, penyanyi tersebut turut menafikan bahawa keterangan dan kelakuannya sebelum ini mencabar Allah SWT.

Saya nak membuktikan yang saya ingat Allah dan tak pernah cabar Allah walaupun saya hina di mata manusia tapi insyaAllah tidak pada Allah”

Tambahnya lagi, dia menyatakan tidak pernah lupa untuk menunaikan solat dan selalu mengerjakan solat sunat tahajjud hampir setiap malam.

Selain itu, Ifa berkata dia tidak perlu mengunci jam untuk mengerjakan sembahyang kerana akan dikejutkan dengan kasih sayang Allah dan rumahnya akan memainkan ayat-ayat suci al-Quran dari Subuh hingga ke Zohor.

Ifa turut berharap agar netizen tidak menilainya berdasarkan penampilan semata-mata tetapi sebaliknya mengenali sikapnya terlebih dahulu.

Terdahulu, Ifa Raziah pernah ditegur oleh seorang pendakwah bebas terkenal kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap mementingkan duniawi

2 years ago

"Kau Ingat Gelek Di Khalayak Tu Dapat Pahala Ke?" - Ustaz Dusuki Tegur Artis Bangga Bergelek Sebab Wang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : GEMPAK

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...