Saya Memang Merokok, Tak Nak Hipokrit Lagi – Fathia Latiff

Hiburan

Saya Memang Merokok, Tak Nak Hipokrit Lagi – Fathia Latiff

Dikala ramai yang berharap Fathia Latiff boleh berubah selepas dihimpit kontroversi Bigo Live yang masih lagi menghantui dirinya, pelakon itu sekali lagi membuatkan dirinya menjadi bahan kecaman netizen apabila merokok semasa sesi Live di Instagram bersama rakan karibnya, Zarina Anjoulie.

Mengakui beliau sengaja merokok, Fathia memberitahu beliau tidak mahu lagi terus hipokrit dan hidup dalam sengsara hanya kerana ingin menjaga hati orang lain.

Advertisement

Saya tidak malu mengakui, saya seorang perokok. Keluarga juga tahu saya merokok, malah sering menasihatkan saya supaya membuang tabiat buruk itu. Sebelum ini, apabila saya cuba berselindung, saya menjadi semakin memberontak.

Saya tidak kisah jika ada yang anggap saya bukan gadis baik, asalkan saya tahu batasan hidup.

Saya tidak mahu hidup saya diadili dan dikawal masyarakat. Saya hanya mahu menjadi manusia biasa dan melakukan apa yang menyenangkan hati. Saya pernah cuba berubah, tetapi perasaan saya tidak tenteram apabila terpaksa bersikap hipokrit. Saya tidak mampu hidup berpura-pura. Penat rasanya hidup dalam penipuan.

Fathia kini sudah tidak mahu pedulikan lagi segala cemuhan netizen terhadap dirinya. Beliau sanggup meninggalkan dunia seni jika setiap apa yang dilakukan hanya membebankan jiwanya. Tiada apa yang diminta oleh Fathia selain masyarakat menerima diri beliau seadanya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...