“Saya Memang ‘Masuk Air’..” Tular Video Jilat Pipi, Didi Astillah Hanya Anggap Gurauan Bersama Teman

Hiburan

“Saya Memang ‘Masuk Air’..” Tular Video Jilat Pipi, Didi Astillah Hanya Anggap Gurauan Bersama Teman

Semalam, tular di media sosial apabila sebuah video memaparkan penyanyi Didi Astillah sedang menjilat pipi seorang wanita sebelum kedua-duanya ketawa gembira.

Video yang dikongsikan seorang pengguna Instagram @_ira.ridwan itu mula mendapat perhatian netizen dan muncul sedikit salah faham di mana ada yang mempersoalkan sama ada terbatal puasa dan pelbagai lagi.

Advertisement
Didi AstillahSumber : Kosmo Online  

Enggan memanjang isu remeh tersebut, adik kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah ini berkata bahawa dia hanya bergurau dan mengakui mempunyai perangai ‘gila-gila’ dan ‘masuk air’.

Kata Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah,25, dia sama sekali tidak menyangka video itu akan menjadi tular dan timbul kekecohan.

View this post on Instagram

A post shared by DA (@didiastillah)

“Sebenarnya wanita tersebut merupakan salah seorang pelakon dalam drama yang sedang kami jalani penggambaran. Kami memang perangai ‘gila-gila’. Tak sangka pula orang salah faham dengan video tersebut kerana tidak kenal perangai saya yang ‘masuk air’.”

Dia yang dihubungi media berhubung isu tersebut turut menjelaskan bahawa aksi menjilat pipi itu bukanlah dilakukan ketika sedang berpuasa.

“Ianya terjadi pada waktu malam jadi tiada istilah membatalkan puasa atau tidak..” ujarnya lagi.

View this post on Instagram

A post shared by DA (@didiastillah)

Dia dalam pada itu turut berharap agar perkara tersebut tidak diperdebatkan kerana ada juga yang mendakwa bahawa dia seorang yang cenderung ke arah hubungan kaum sejenis dan tidak senonoh.

“Biarlah orang nak cakap apapun, sebab orang tidak kenal saya bagaimana. Orang nak cakap saya suka kaum sejenis atau perangai tidak senonoh atau apa, biarkan saja..” akhirinya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...