“Saya Memang Malas Nak Layan Tong Kosong, ‘Ketuk’ Tapi Tak Ada Isi” – Datuk Ramli MS

Hiburan

“Saya Memang Malas Nak Layan Tong Kosong, ‘Ketuk’ Tapi Tak Ada Isi” – Datuk Ramli MS

Komposer dan maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS tampil memberi respon terhadap kenyataan penyanyi Man Bai yang menganggap program nyanyian Gegar Vaganza sebagai satu pertandingan yang memalukan selain mengkritik kredibilitinya sebagai ketua juri program tersebut.

Kata Datuk Ramli MS atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ram itu, dia berasa hairan dengan tindakan Man Bai yang mengkritik format pertandingan GV.

Advertisement

Ia realiti program, konsep dan semua content program adalah berlainan. Macam-macam content. Tapi kenapa GV11, complaint lah dari GV1.

Tambah beliau lagi, dia enggan melayan komen-komen tidak berasas yang dilemparkan Man Bai itu.

Sebenarnya saya memang malas nak layan tong-tong kosong ni. Dia ketuk dalam bunyi tak ada isi, malas nak melayan. Saya malas nak layan.

Terdahulu, Man Bai berkata program Gegar Vaganza bukanlah platform terbaik untuk penyanyi selain formatnya yang dianggap memalukan peserta yang bertanding.

Man Bai juga mengkritik keupayaan Tok Ram sebagai ketua juri setelah Liza Aziz tidak dinobatkan sebagai peserta terbaik pada minggu ke-4 yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

man bai anggap jv program memalukan
4 days ago

Man Bai Anggap Gegar Vaganza Program 'Memalukan', Ratu Rock Ella Bantah - "Ia Satu Pertandingan Yang Sihat"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...