“Saya Memang Lebih Selesa Tak Bertudung” – Alya Iman Tak Nak Jadi Hipokrit, Tujuk Diri Yang Sebenar

Hiburan

“Saya Memang Lebih Selesa Tak Bertudung” – Alya Iman Tak Nak Jadi Hipokrit, Tujuk Diri Yang Sebenar

Pelakon, Alya Iman telah mengejutkan orang ramai selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Alya atau nama penuhnya Nur Alya Iman Azmil berkongsi penampilan terbaharunya itu pada 1 Syawal lalu.

Advertisement

Jelas pelakon berusia 22 tahun itu, dia tidak mahu terus menipu tentang diri sendiri dalam media sosial.

Kenapa nak menipu dalam media sosial? Sudah-sudahlah jadi hipokrit dan membohongi semua orang.

Bagaimanapun, Alya berkata dia tidak kisah dengan kecaman dan tidak menghalang netizen untuk membenci penampilan baharunya itu.

Inilah diri saya yang sebenar. Terpulang untuk menerima dan kalau tak suka pun tak mengapa.

Dalam pada itu, anak kepada pelakon Azmil Mustapha itu memaklumkan dia lebih selesa dengan imej tidak berhijab buat masa sekarang.

Saya memang lebih selesa tak bertudung dalam kehidupan seharian.

Bukan itu sahaja, keputusannya untuk tidak lagi berhijab adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai mengenali dirinya yang sebenar.

Kali ini saya sedar, tak nak jadi hipokrit dan terus membohongi semua orang.

Malah, Alya berkata keputusan untuk mendedahkan imej terbaharunya itu kepada umum juga telah mendapat persetujuan daripada ahli keluarga dan teman rapat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Alya Iman buka tudung
1 year ago

"Nampak Berumur Dari Usia.." - Alya Iman Buka Tudung Di Hari Pertama Syawal, Netizen Puji Cantik Bak Bidadari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...