July 23rd, 2012

Pulang sahaja daripada berbulan madu di Australia, Irma Hasmie telah diserbu oleh para wartawan untuk mendapatkan responnya mengenai gambar perkahwinan lampau suaminya yang telah tersebar luas. Bagi Irma, dia memang sudah mengetahui status suaminya seorang duda sejak kali pertama bertemu di Mekah. Jadi itu bukanlah satu masalah kepadanya.

status irma hasmie

Abang Nara suka benar membaca kenyataan Irma Hasmie yang disiarkan menerusi Pancaindera semalam. Bertambah-tambah tahap kerespekan Abang Nara kepada Irma. Kata Irma:-

Ya, itu memang gambar suami (Redza) dengan bekas isterinya. Status (duda) dia pun saya dah tahu masa kami berkenalan kali pertama di Mekah, saya memang dah tahu.

Saya tak simpan rahsia apa pun pada masyarakat apabila orang cakap saya sengaja simpan rahsia sebab berkahwin dengan lelaki berstatus duda. Itu bukan niat saya.

Cuma saya tak suka nak ulas panjang-panjang kerana khuatir apa yang saya cakap itu akan membabitkan maruah orang lain. Bukan itu sahaja, malah banyak fakta yang salah diberikan pada keseluruhan cerita berkenaan gambar perkahwinan lampau suami saya.

Lagi pun benda itu sudah berlalu. Saya pun ada sejarah hitam saya sendir. Begitu juga dengan suami saya. Apa yang pasti, gambar itu bukan isu besar pun. Ia cuma gambar perkahwinan.

Mak mentua saya (Datin Azizah Osman) menangis kerana risau keadaan saya. Saya cakap saya tak apa-apa sebab dah 10 tahun terlibat dalam industri. Saya anggap gosip ini biasa saja.

Suami rasa bersalah pada saya. Dia risau, sebab dia, saya yang terkena. Dia juga hairan, kenapa orang tidak bangkitkan isu itu masa mula-mula dulu. Tapi, sekarang dia faham. Saya kasihankan dia, sebab lepas ini bila ada gosip membabitkan keluarga, kalau boleh saya taknak sentuh langsung.

Diharap semua berpuas hati dengan penjelasan panjang lebar Irma Hasmie. Perkara yang sudah tue, biarlah berlalu. Yang penting sekarang doakan agar Irma dan Redza berbahagia serta cepat-cepat menimang cahaya mata.


145 responses to “Saya Memang Dah Tahu Status Suami Saya – Irma Hasmie”

  1. suke tgok irma dan suami says:

    alhamdulillah… inilah berkat HIJRAH yang ikhlas… moga perkahwinanmu sentiasa diberkati dan kekal abadi.. yg penting jaga hubungan dengan Allah…biar makin erat… jgn biar ia putus…. segala yg terjadi dlm idup kita hanya dengan izin Allah swt…moga cpat2 dikurniakan cahayamata…. amiiiiinnnnnnnnnnn!

  2. Diri Ini says:

    isu lama bangkitkan buat ape..dr org tue bahagia terus pkirkan masalah yg dh lama…

  3. bobo says:

    kalau duda pun apa masalahnya? takka sebab dia berstatus DUDA atau JANDA langsung tak leh kawin? Bangang.. Lisa pun kawin ngn DUDA.

  4. rsari says:

    tak pe duda handsome

  5. garam says:

    asam garam hidup seorang artis, tentu suami dan ahli keluarga pun akan faham.

Loading...