Pulang sahaja daripada berbulan madu di Australia, Irma Hasmie telah diserbu oleh para wartawan untuk mendapatkan responnya mengenai gambar perkahwinan lampau suaminya yang telah tersebar luas. Bagi Irma, dia memang sudah mengetahui status suaminya seorang duda sejak kali pertama bertemu di Mekah. Jadi itu bukanlah satu masalah kepadanya.
Abang Nara suka benar membaca kenyataan Irma Hasmie yang disiarkan menerusi Pancaindera semalam. Bertambah-tambah tahap kerespekan Abang Nara kepada Irma. Kata Irma:-
Ya, itu memang gambar suami (Redza) dengan bekas isterinya. Status (duda) dia pun saya dah tahu masa kami berkenalan kali pertama di Mekah, saya memang dah tahu.
Saya tak simpan rahsia apa pun pada masyarakat apabila orang cakap saya sengaja simpan rahsia sebab berkahwin dengan lelaki berstatus duda. Itu bukan niat saya.
Cuma saya tak suka nak ulas panjang-panjang kerana khuatir apa yang saya cakap itu akan membabitkan maruah orang lain. Bukan itu sahaja, malah banyak fakta yang salah diberikan pada keseluruhan cerita berkenaan gambar perkahwinan lampau suami saya.
Lagi pun benda itu sudah berlalu. Saya pun ada sejarah hitam saya sendir. Begitu juga dengan suami saya. Apa yang pasti, gambar itu bukan isu besar pun. Ia cuma gambar perkahwinan.
Mak mentua saya (Datin Azizah Osman) menangis kerana risau keadaan saya. Saya cakap saya tak apa-apa sebab dah 10 tahun terlibat dalam industri. Saya anggap gosip ini biasa saja.
Suami rasa bersalah pada saya. Dia risau, sebab dia, saya yang terkena. Dia juga hairan, kenapa orang tidak bangkitkan isu itu masa mula-mula dulu. Tapi, sekarang dia faham. Saya kasihankan dia, sebab lepas ini bila ada gosip membabitkan keluarga, kalau boleh saya taknak sentuh langsung.
Diharap semua berpuas hati dengan penjelasan panjang lebar Irma Hasmie. Perkara yang sudah tue, biarlah berlalu. Yang penting sekarang doakan agar Irma dan Redza berbahagia serta cepat-cepat menimang cahaya mata.