“Saya Memang Beri Keizinan” – Suami Ezlynn Nak Kahwin Kali Ketiga, Minat Wanita Indonesia

Hiburan

“Saya Memang Beri Keizinan” – Suami Ezlynn Nak Kahwin Kali Ketiga, Minat Wanita Indonesia

Penyanyi Ezlynn memaklumkan dia ada memberikan ‘lampu hijau’ buat suaminya, Wan Mohd Hafizam untuk berkahwin kali ketiga.

Maklum Ezlynn, keizinan itu diberi setelah suaminya itu meluahkan hasrat untuk mencari isteri dari negara jiran, Indonesia.

Advertisement

Suami kata nak cari isteri lagi satu, kali ini dia nak orang Indonesia pula. Saya percaya suami saya, bila dia cakap tu memang betul dia nak.

Tapi cuma Allah SWT izinkan atau tidak, itu terpulang. Kita hanya merancang. Saya memang beri keizinan.

Katanya lagi, lelaki mempunyai fitrah untuk mencintai lebih dari satu wanita dalam satu-satu masa sekaligus tidak mempunyai ‘alasan’ mengapa dia mahu berkahwin satu lagi.

Ezlynn juga meminta agar suaminya ‘berbohong sunat’ jika itu dapat membahagiakan hati isteri.

Saya kata ke suami untuk bohong sunat. Tipulah saya, cakap saya cantik walaupun saya buruk. Sebab ini dapat pahala kalau you ‘tipu’ untuk bahagiakan isteri.

Sekadar info, Ezlynn dan Wan bernikah atas talian pada tahun 2021.

Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye itu pernah berkahwin kali pertama bersama Adam Fahmy pada tahun 2011 namun bercerai enam tahun kemudian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fatiya latiff mengaku cucuk botoks, filler
4 months ago

"Saya Mahu Kekal Muda Dan Berseri" - Fatiya Latiff Mengaku Suntik Botoks, 'Filler' Di Wajah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...