Pelakon dan model, Zahnita Wilson akui wajahnya mempunyai ciri-ciri androgini iaitu memiliki sisi maskulin dan feminin.
Menerusi satu hantaran di Instagram akaun milik model itu, Zahnita Dorothy Hussein Wilson tampil menjelaskan perkara itu selepas terdapat seorang netizen yang melemparkan komen mengatakan wajahnya kelihatan seperti seorang lelaki.
Muka macam lelaki pula.
Susulan itu, menerusi ruangan kapsyen, Zahnita menjelaskan bahawa dia adalah seorang wanita meskipun memiliki wajah sedemikian.
Ya saya mempunyai wajah yang sangat androgynous yang boleh memberi sisi lelaki atau wanita.
Namun, saya boleh beri jaminan, bahawa saya adalah seorang wanita termasuk hati, badan, minda dan jiwa.
Dalam pada itu, dia turut berkongsi tips yang diamalkan untuk memiliki bentuk wajah yang cantik secara semulajadi sejak bergelar seorang model.
Pada usia 21 tahun, saya memutuskan untuk menjadi seorang model profesional.
Saya belajar bagaimana untuk membentuk wajah secara semula jadi dengan menggunakan beberapa teknik kawalan otot dan pergerakan gusi seperti mengunyah.
Maafkan sekiranya ekspresi wajah saya kelihatan teruk, tabiat yang sukar dibuang. Jadi, apa lagi yang perlu saya kongsi?
View this post on Instagram