Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Memakai Kostum Arnab Sewaktu Di Jepun Kerana Tuntutan Kerja – Zahirah Macwilson

Masa kecil-kecil dulu Abang Nara ada bela arnab. Sesungguhnya arnab adalah seekor haiwan yang sangat comel. Kecomelannya memang membuatkan jiwa cair. Apatah lagi apabila seorang wanita secantik Zahirah Macwilson mengenakan kostum arnab. Memang boleh mencairkan mana-mana lelaki yang melihatnya. Namun ada juga yang kurang senang dengan kostum yang dikenakan oleh Zahirah kerana menurut mereka ia terlalu seksi. Hmmmmm.
zahirahMenurut Zahirah, dia menggayakan kostum arnab ini adalah atasan tuntuan kerja ketika berada di Jepun. Buat anda yang tidak tahu, negara Jepun memang terkenal dengan cosplay yang sebegini. Selain arnab, rakyat Jepun juga menggayakan pelbagai kostum daripada anime, binatang-binatang comel dan filem kartun mereka. Jadi ia adalah satu perkara biasa buat rakyat Jepun tetapi mungkin satu kejutan budaya buat rakyat Malaysia yang melihatnya. Kata Zahirah:-

Setiap kali memuat naik sebarang foto dalam media sosial, saya lakukan dengan niat untuk berkongsi perkembangan terkini tentang kerja atau aktiviti harian saya. Ini bukan kali pertama soal pemakaian menjadi isu, jadi saya malas hendak panjangkan perkara ini. Apa yang penting saya tahu apa yang dilakukan dan ia bukan dibuat untuk menarik perhatian secara suka-suka.

Advertisement

Saya faham di Malaysia, sensitiviti soal pemakaian ini agak tinggi dan mungkin mereka tidak tahu tujuan sebenar saya berpakaian begitu atas dasar apa. Sebenarnya saya memakai kostum arnab sewaktu di Jepun kerana tuntutan kerja apabila menjalani penggambaran bersama AirAsia untuk kempen #ThroughTheLens. Ia sebahagian daripada kerja, jadi saya lakukannya kerana ia tanggungjawab saya.

Biarlah mereka hendak berkata apa sahaja kerana mulut manusia memang tidak boleh ditutup. Saya tidak melakukan apa yang dikatakan itu, jadi mengapa perlu terasa hati. Saya ke sana untuk bekerja dan telah laksanakan tanggungjawab saya. Itu sudah memadai.

 

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

H A R A J U K U, T O K Y O ???? @airasia #ThroughTheLens #VacaywithAirAsiaX

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

zahirah

Biasalah bila dah jadi selebriti ini pakai baju apa pun memang akan menjadi pertikaian. Semoga Zahirah akan lebih berhati-hati di masa hadapan. Mungkin boleh cuba kostum kucing kerana rakyat Malaysia rata-rata gemarkan kucing. Tak adalah diorang nak membahan sangat kalau macam tue. Hehehe. Sumber Kosmo.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

30 Comments

  1. Anonymous

    November 1, 2018 at 12:33 pm

    ikeeee ikeeee

  2. Anonymous

    October 31, 2018 at 4:26 pm

    Mcm maria ozawa je…kah kah kah…teringin nk jd pelakon lucah kat jepun tu ke…

  3. Madah berhelah

    October 31, 2018 at 7:43 am

    Malula oii..dinegeri orang kita berkerja dengan pakaian begitu ye dik ,
    Orang sana sure akan bertanya ” Begini kah cara orang islam berpakaian ” …
    di malaysia ….

    Banyak lagi cara utk mendapatkan pendapatan dgn cara berkat ….fikir2kan …

    Malu jadi anak Malaysia yg bukan islam tapi mengaku islam….

  4. lovey

    October 30, 2018 at 6:04 pm

    tuntutan keje “wajib” ikut…..kalau tuntutan Islam yg wajib tutup aurat tu?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top