“Saya Melayu, Dia India..” – Wajah Sering Disamakan, Wanita Sebak Dapat Tahu BFF Bangsa India Rupanya Kakak Kandung

Kehidupan

“Saya Melayu, Dia India..” – Wajah Sering Disamakan, Wanita Sebak Dapat Tahu BFF Bangsa India Rupanya Kakak Kandung

Dua orang wanita berlainan bangsa iaitu Madam Fatimah Mohidin (Melayu) dan Madam Thangah Koh (India) yang sudah berteman rapat sejak kecil tidak menyangka mereka rupanya adik-beradik.

Difahamkan, mereka berdua dahulu dilahirkan dalam sebuah keluarga berbangsa Cina dan kemudiannya diberi kepada orang lain sebagai anak angkat.

Advertisement

Percaya tukang tilik, bawa nasib malang

Sewaktu Madam Thangah (Kok Siew Kiang) masih bayi, dia sering jatuh sakit dan kerana percayakan tukang tilik, ibu bapa Madam Thangah menyerahkan kepada sebuah keluarga bangsa India kerana dikhuatiri boleh membawa nasib malang kepada bapa kandung.

adik beradik

 

Setahun kemudian, Madam Fatimah (Koh Siew Lang) pula dilahirkan dan ketika itu, ibu jari kakinya mempunyai saiz besar dan ia dipercayai boleh membawa nasib malang buat ibu kandung, jadi Madam Fatimah seawal usia dua bulan juga diserahkan kepada keluarga India yang sama.

Namun, atas kekangan wang untuk menanggung dua anak kecil serentak, mereka dipisahkan dengan menyerah Madam Fatimah kepada keluarga bangsa Melayu.

Sering main bersama waktu kecil

Ketika masih kecil, keluarga sering menggalakan mereka untuk bermain bersama, namun Madam Fatimah dan Madam Thangah sama sekali tidak tahu alasan disebalik itu.

Jiran selalu cakap muka kami sama & tanya kami berdua adik beradik ke? Saya Melayu, dia India. Macam mana adik beradik pula?

adik beradik

Hinggalah ketika usia mereka 20 tahun, Madam Thangah terpaksa cari keluarga kandung untuk mendapatkan kerakyatan disebabkan serahan anak angkat sebelum ini tidak mempunyai dokumen hitam putih.

Selepas Madam Thangah berjaya menemui keluarga kandung, ibu kandungnya tidak dapat menahan sebak apabila melihat anaknya yang diserahkan kepada keluarga lain sewaktu kecil berada di hadapan pintu rumah.

Keluarga kandung menyesal, terima takdir dengan hati terbuka

Rupanya, ibu bapa kandung menyesal atas perbuatan mereka dan pernah mengiklankan pencarian dua anak di akhbar Cina tetapi tidak berjaya.

Pada hari yang sama, bapa kandung mereka mendedahkan Madam Fatimah merupakan adik kepada Madam Thangah dan kesemua pihak menerima takdir dengan hati terbuka.

Kini, hubungan kekeluargaan sesama mereka terjalin dengan penuh harmoni, di mana setiap kali perayaan, masing-masing pasti akan kunjung rumah antara satu sama lain.

uzma
11 months ago

(VIDEO) "Sedih Tengok Kawan Kawan Dia" - Wanita Menangis Hingga Perlu Dipapah, Anak Angkat Diambil Ibu Kandung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...