Pelawak dan pelakon, Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad gagal menahan air mata sebaik sahaja dibebaskan sementara dengan jaminan.
Ini ujian saya masuk ‘dobi’ (penjara) untuk cuci hati saya, saya cuma mahu membersihkan nama yang sudah difitnah, di sana (penjara) wang ringgit tidak berguna.
Menurut Harian Metro, pelawak itu mengeluarkan kenyataan berkenaan sebaik selesai membayar ikat jamin RM5,000 di Kompleks Mahkamah Sepang hari ini.
Hari ini benda yang mustahil untuk berlaku tetapi Allah yang beri jawapan, terima kasih kepada semua yang berusaha keras untuk membersihkan nama saya.
Pelawak tersebut mengakui bahawa kerjayanya terganggu akibat pendakwaan yang dihadapinya, menyebabkan banyak projek hiburan bersama Didie Alias tertunda.
Namun, dia sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberinya semangat sepanjang tempoh berada di dalam penjara.
Tetapi saya berterima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia yang menyambut saya dengan senyuman, mereka beri saya semangat.
Terima kasih juga kepada pembenci saya, banyak juga fitnah saya dengar walaupun berada dalam penjara.
Pelawak itu juga memberitahu dia amat bersyukur dengan pembebasan sementara hari ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah.
Selepas ini saya akan membersihkan nama dan akan keluarkan satu filem mengenai kisah benar tentang diri saya.
Ramai orang tidak tahu ketika saya melangkah masuk (ke penjara), ada yang gembira dan tepuk tangan, namun saya serah bulat-bulat dan yakin Allah mengetahui segala-galanya.
Hari ini, Along Cham menzahirkan rasa syukur dengan melakukan sujud di kandang tertuduh selepas Mahkamah Sesyen hari ini memutuskan untuk melepaskannya tanpa membebaskan (DNAA) atas tuduhan memiliki dadah disyaki kanabis yang dijumpai di kediamannya di Cyberjaya pada Disember tahun lalu.