Written by Bella | November 19th, 2017

Perlakuan aneh Iqram Dinzly terutama sekali semasa beliau selfie di pusara arwah bapanya mengundang kritikan dan ramai yang mengatakan aktor tersebut sudah tidak waras dan mengambil barang terlarang.

Eksklusif menerusi ruangan Raja Mawar di Bipop Berita Harian, Iqram buat pertama kalinya membicarakan segala persoalan mengenai dirinya di media. Iqram memberitahu, beliau masih lagi waras dan tidak pernah berniat mahu meraih perhatian seperti yang didakwa sesetengah pihak, beliau cuma sengaja membiarkan orang ramai berteka-teki dan melihat penerimaan mereka.

Saya masih lagi waras. Saya tahu ramai yang melemparkan fitnah tetapi tidak mengapa. Mereka mungkin tidak mengenali saya luar dan dalam. Saya minta maaf jika membuat orang tertanya-tanya. Saya bukan mahu meraih perhatian umum, sebaliknya cuma ingin melihat, sejauh mana penerimaan orang ramai. Apakah mereka akan menerima saya seadanya atau sebaliknya? Saya hidup berlandaskan kejujuran, tidak perlu berpura-pura.

Mengenai gambar di pusara arwah bapanya, Iqram memberitahu tiada siapa memahami kesedihan di dalam hatinya dan kerinduaan terhadap arwah bapanya.

Saya menangis tiada siapa yang tahu. Saya dikatakan gila dan tiada adab apabila bergambar sambil berbaring di pusara arwah abah. Saya terlalu merinduinya. Kehilangannya begitu dirasai kerana selama hampir tiga setengah bulan saya menjaganya. Saya tidak pernah meninggalkannya sejak arwah terkena serangan angin ahmar pada Ramadhan lalu.

Bila manusia berkelakuan pelik janganlah kita mengatakan mereka tidak waras dan sebagainya. Kita tidak tahu apa yang mereka lalui dan kesedihan di dalam jiwa mereka. Kata-kata negatif boleh menambah penderitaan jiwa.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

11 responses to Saya Masih Waras Dan Bukan Mahu Raih Perhatian – Iqram Dinzly

  1. Anonymous says:

    islam bukan terletak dipakaian. islam itu mudah…
    islam melalui contoh dan perlakuan baik. insya allah malaysia akan aman.

    11

    1
    • adab says:

      Pakaian & Islam tu seiring..menutup aurat badan spt yg dituntut x semestinya berjubah & berserban. itu budaya arab dh..cuma ia pakaian sunnah nabi…
      Pegangan agama apa pun nilai2 peradaban hidup itu penting

      2

      1
      • Anonymous says:

        amboi amboi amboi….

        1

        1
        • Miss Unibes says:

          Tahpape lah kau Keram oi. Alasan nak tgk penerimaan org terhadap kau? Jgn pelik2 boleh tak? Rileks je lah. Rakan seperjuangan si Danny XFactor tu pun walau tak laku tau pulak dia jaga diri. Rajin cari kerja belakang tabir, jadi pemandu uber, buka gerai dia yg masak dulu walau dah tutup. Atleast dia tak pelik.

          1

          0
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      bersabar aje ok jangan terlalu sangat mengingati takot mudarat jadi nye..selalu2 lah mendoakn abah nye agar dia senantiasa senang dan tenang di sana semoga syurga lah tempat nye amin….

      1

      0
  2. Anonymous says:

    kalau rindu sesngat ayah ko, sedekahkn al fatihah selalu bro. doa anak2 tu lebih afdal daripada berserban mcm taliban.

    5

    0
  3. menggong says:

    Kau dgn sengaja yg bagi dan tunjukkan kelaku yg mengundang presepsi org ramai..nk lihat penerimaan org konon..dh kau lgk mcm org x siuman tentulh dikecam…mmg kerja bodoh kaulh iqram..iman kau kena kuat sikit..org lain pun kehilanngan org trsayang jgk..tapi x lh mcm kau..eeeh giler betullh kau..

    5

    0
  4. anonymous says:

    artis bodo masa femes tak beringat dah tak dak job fenin la nak bayor hutng keta kedit kad,masa pemes sombong dah tak pemes upload la gmbr citer nak cari populariti balik pas tu tak ngaku,standard artis nasi tambah

    3

    0
  5. shortcut says:

    siap bg no akaun bagai suh org derma, senang zaman sekarang susah minta derma, bukan nak berusaha, walhal tenaga ada lagi, nak buat benda bukan nk minta derma je…tangan kanan memberi lg elok dr tangan kiri menerima

    3

    0
    • Anonymous says:

      Lol?pernah dengar “perli”?yang dia bagi no akaun tu dia perli.mungkin memang niat nak cari salah orang tu yang tak faham apa cuba disampaikan.atau mungkin bodoh.mungkin

      0

      5
  6. makhayam says:

    uqasha tk de ke temankan abg iq

    0

    0

Leave a Comment

Optional