February 5th, 2014

Nama Sharifah Sakinah sememangnya tidak lekang daripada kontroversi. Kalau anda mengikuti akaun Instagramnya, pasti anda akan dapat lihat yang Sharifah Sakinah sekarang sedang aktif bersenam dan sering berkongsi gambar yang menampakkan tubuhnya. Malah sebelum ini, jurulatih peribadinya telah berkongsi gambar Sharifah Sakinah memakai “two piece” ketika mereka berada di Dubai.

sharifah sakinahSenang cerita, Sharifah Sakinah dan seksi memang tidak dapat dipisahkan. Sehinggakan ada pihak yang mendakwa dirinya tidak sensitif terhadap agama. Bercakap kepada Kosmo semalam, Sharifah Sakinah menafikan dakwaan tersebut. Kata Sharifah Sakinah:-

Sebagai seorang Islam, saya masih tahu tentang hukum agama. Saya turut sedar mengenai larangan mendedahkan aurat. Tetapi, saya hanya menjadi diri saya. Saya tidak memuat naik gambar-gambar tersebut kerana mahukan publisiti. Saya langsung tidak meletakkan sebarang kapsyen provokasi pada setiap gambar.

Seperti yang saya katakan tadi, saya hanya menjadi diri saya sendiri. Saya berlakon kerana minat dan saya bergiat aktif dalam bidang kesihatan juga kerana minat. Bagi saya, jika setiap benda yang dilakukan itu dipandang positif, maka tiada sebarang tanggapan buruk yang akan dikeluarkan.

Saya akan meneruskan apa yang saya lakukan sekarang dan cuba menjadi diri sendiri. Sejujurnya, saya akan memperbaiki diri saya berperingkat dan lebih berhati-hati dengan apa yang saya kongsikan

sharifah sakinah

Untuk makluman anda, Sharifah Sakinah dan rakan-rakan kini sering mengadakan sesi senaman bersama peminat di Taman KLCC setiap petang. Ini adalah satu aktiviti yang menarik. Kalau anda berminat untuk mendapatkan tubuh yang “fit” seperti Sharifah Sakinah, boleh follow Instagram FitnesSakinah atau Instagram Sharifah Sakinah. Abang Nara yakin confirm anda akan lebih bersemangat bersenam bersama Sharifah Sakinah sebagai “instructor”. Hehehe.


Comments are closed.

Loading...