Pengarah dan penerbit, Shuhaimi Lua, tampil menjawab kekeliruan berhubung dakwaan kononnya filem seram sulung arahannya, Manrobbuka, memaparkan adegan ranjang secara terang-terangan.
Menurut Shuhaimi, babak membabitkan pelakon Haidar dan Wanie Ooi itu tidak pernah dirakam secara eksplisit, sebaliknya hanya menggunakan angle kamera bagi menimbulkan mood dramatik dalam penceritaan.

Saya terkejut ramai tanya hal ini. Saya masih tahu batas agama dan sensitiviti masyarakat. Tak mungkinlah saya nak tunjuk adegan seks. Itu cuma angle kamera, bukan apa yang orang sangka.
Beliau turut menegaskan bahawa semua adegan dalam Manrobbuka akan melalui tapisan ketat oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum ditayangkan tahun depan.
Selain isu babak kontroversi, Shuhaimi turut berkongsi realiti industri di mana dia memilih untuk memberi peluang kepada pelakon-pelakon baharu menggalas watak utama, bukan bergantung kepada nama popular semata-mata.
Pelakon popular tak semestinya jamin pulangan.
Penonton sekarang bijak mereka tengok jalan cerita dan lakonan, bukan populariti.
Shuhaimi turut mendedahkan bahawa Manrobbuka dibangunkan sepenuhnya menggunakan modal peribadi berjumlah RM500,000, kerana mahu karya itu lahir mengikut visinya sendiri.
Saya keluarkan kos sendiri. Ini naskhah jiwa saya. Memang risiko, tapi saya kena berani.
Manrobbuka ialah filem pertama dari Tanah Beris Film Production Sdn Bhd dan merupakan arahan kedua Shuhaimi selepas Pontianak 200kg.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
