Berita mengenai pelakon, Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman yang bakal diijabkabulkan pada 14 September ini bukan sahaja mencetuskan keterujaan peminat, malah turut mendapat perhatian rakan artis.
Antara yang menumpang gembira ialah pelakon dan usahawan, Betty Rahmad yang menitipkan doa agar segala urusan bakal pasangan pengantin itu dipermudahkan.
Alhamdulillah, Kak Long (Amira) dan Abang Long (Fattah), semoga Allah permudahkan segala urusan kalian.
Namun, yang lebih mencuri perhatian adalah pengakuan Betty bahawa dia masih menyimpan satu rahsia besar yang tidak diketahui umum.
Tapi saya masih ada lagi satu rahsia. Korang yang sibuk kutuk itu, tak payah buang masa sebab mereka tak baca. Jangan bagitahu sesiapa.
Hantaran itu lantas menimbulkan pelbagai teka-teki dan seribu pertanyaan dalam kalangan wargamaya mengenai rahsia yang dikatakan Betty. Ruangan komen dipenuhi spekulasi, termasuk ada yang mengaitkan rahsia itu dengan bakal pengantin baharu, manakala segelintir pula mendakwa mungkin melibatkan rakan baik Betty, iaitu Nora Danish.
Walau bagaimanapun, Betty tidak memperincikan lanjut mengenai rahsia berkenaan dan hanya membiarkan netizen membuat andaian masing-masing.
Untuk rekod, Fattah dan Amira bakal melangsungkan pernikahan pada 14 September 2025, selepas membuat pengumuman rasmi pada Isnin lalu, sekali gus menamatkan teka-teki mengenai hubungan istimewa mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.