Saya Masih Seperti Dulu Dan Tiada Apa Yang Berubah Kecuali Cara Pemikiran – Tasha Shilla

Hiburan

Saya Masih Seperti Dulu Dan Tiada Apa Yang Berubah Kecuali Cara Pemikiran – Tasha Shilla

Nama Tasha Shilla pada satu ketika cukup terkenal dengan kontroversi. Kata orang, apa sahaja yang beliau lakukan pasti akan dikecam dan dikritik.

Kini selepas hampir setahun berehat dan bermuhasabah diri, Tasha kembali aktif dalam industri hiburan tanah air.

Advertisement

Jelas Tasha, apa yang berlaku membuatkan dirinya lebih matang tetapi pada masa yang sama tidak berubah terlalu drastik.

Alhamdulillah, saya banyak belajar daripada pengalaman dan semuanya mematangkan saya sebagai seorang individu dan juga anak seni. Saya tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku kerana setiap yang ditentukan Tuhan itu pasti ada hikmahnya.

Saya masih seperti dulu dan tiada apa yang berubah kecuali cara pemikiran. Bukan bermaksud saya tidak berfikir ke arah yang lebih baik tetapi buat masa ini, saya selesa dengan keadaan diri sekarang.

Menurut Tasha, setiap apa yang beliau lakukan sekarang akan beliau tetapkan niat kerana Allah SWT. Jika berlaku sesuatu, beliau tidak mahu terus bersikap menunding jari ke arah orang lain dan akan memohon maaf serta bertanggungjawab sekiranya beliau membuat kesilapan.

Berbicara mengenai kekasih hati, Tasha memberitahu beliau masih belum bertemu pengganti dan pintu hatinya sudah tertutup untuk bercinta buat masa ini.

Setakat ini, pintu hati saya masih tertutup untuk kembali bercinta. Biarlah saya belajar menyayangi diri sendiri terlebih dahulu sebelum memberi ruang orang lain mencintai saya.

Pengalaman lalu membuatkan saya serik dan sedikit trauma. Justeru, saya akan lebih berhati-hati dalam soal cinta dan jodoh.

Kami harap perubahan positif Tasha Shilla ini akan terus berkekalan. Fokus pada kerjaya anda kembali dan jangan melakukan perkara yang boleh mengundang kontroversi.

Sumber Berita : Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...