Saya Masih Sayangkan Romie – Hanez Suraya

Hiburan

Saya Masih Sayangkan Romie – Hanez Suraya

Akhirnya teka-teki mengenai status hubungan Hanez Suraya dan Romie terjawab jua. Sebelum ini Hanez pernah memberi bayangan mengenai tamatnya hubungan mereka berdua. Namun apabila diminta cuba mengesahkan hal tersebut, Hanez enggan memberi sebarang komen. Namun hari ini menerusi Berita Harian, bekas duta Aura White ini bercerita panjang lebar mengenai hubungannya dengan Romie.
hanez romieDaripada apa yang Abang Nara dapat simpulkan ialah Romie dan Hanez kedua-duanya masih saling menyayangi. Namun Hanez tampak matang dalam memberikan kenyataan dan mengakui dirinya kini berbelah bahagi sama ada mahu meneruskan hubungan dengan Romie atau tidak.

Saya dalam keadaan berbelah bahagi sekarang. Mungkin ada ramai yang mendoakan hubungan kami berakhir. Itu satu fakta yang ramai mahu ia jadi sebegitu. Percaya atau tidak, andai kami putus atau sebaliknya, kebarangkalian untuk saya dikecam akan terjadi. Saya reda dengan apa saja kemungkinan.

Hingga saat ini, saya lebih selesa membiarkan kes mereka yang masih berjalan selesai. Jujur saya berharap kes mereka di mahkamah diselesaikan secara baik. Saya amat bersyukur dan gembira kalau mereka dapat berbaik semula dan bersatu kembali demi anak.

hanez romieMalah Hanez juga mengakui kehadirannya dalam hidup suami kepada Nur Liyana itu adalah pada waktu dan ketika yang salah. Namun perasaan sayang tetap menebal dalam dirinya kerana pujuk rayu yang dilakukan Romie. Kata Hanez:-

Saya sendiri kasihankan anak mereka. Malah di saat kes mereka terus berjalan, saya berkecil hati sebenarnya kerana terus-terusan dianggap sebagai punca kepada apa yang terjadi membabitkan mereka. Saya terus dipersalahkan. Benar, saya tak nafikan saya hadir dalam hidupnya pada waktu yang salah.

Tapi saya tak mampu melawan kehendak takdir. Saya pernah terdetik untuk memutuskan hubungan ini tetapi dia terus mencuba untuk memiliki saya. Malah saya cuba membawa diri untuk menjauhkan diri daripadanya tetapi semakin jauh saya cuba lari, semakin kuat pula usahanya untuk memenangi hati saya.

Dengan apa yang cuba dia lakukan, perasaan sayang itu kian bertambah. Saya masih sayangkannya. Anaknya pun memang rapat dengan saya.

Susulan kontroversinya dengan Romie, tawaran lakonan juga telah kurang diterima oleh pelakon ini. Kini Hanez mahu mencuba dunia perniagaan pula. Kata Hanez lagi:-

Memang hingga saat ini tawaran berlakon untuk saya tiada langsung. Saya reda dengan apa yang terjadi. Projek terakhir saya ialah menerusi teater Projek Kahwin yang dipentaskan di Istana Budaya beberapa bulan lalu. Saya banyak memberi tumpuan untuk belajar selok belok dunia perniagaan selama tiada tawaran ini.

Advertisement

hanez

Kalau memang betul-betul sayang, bolehlah kot cuba-cuba berusaha untuk berkahwin. Kalau jadi isteri kedua pun apa salahnya kan? Romie pun mampu rasanya. Cuma perlulah dapatkan izin daripada isteri pertama dulu. Kalau mampu bersabar, tunggulah kes mahkamah mereka habis dulu. Kalau dah memang tertulis jodoh Hanez adalah Romie, siapalah kita untuk menafikannya. Tak gitu?

P.S: Lagi gambar spyshot Proton GSC. Mengancam jugak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...