Isteri kepada penyanyi Nubhan, iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, mendedahkan bahawa dirinya pernah diceraikan kali pertama ketika sedang hamil enam bulan anak sulung mereka.
Ketika ditemui portal OhBulan! selepas prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Khamis, Dr. Afifah menganggap keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada salah faham dan tekanan emosi ketika itu.
Diceraikan kali pertama ketika mengandung anak pertama di usia kandungan enam bulan.
Kadang-kadang rumah tangga ini ada pasang surut tapi saya masih sayangkan keluarga saya.
Berkenaan orang ketiga, mungkin salah faham. Sebab masa kali pertama itu saya sedang mengandung.
Dr. Afifah turut memaklumkan bahawa beliau menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan hala tuju rumah tangga mereka selepas Nubhan memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah.
Sebab dia (Nubhan) dah failkan di mahkamah, jadi kita tengoklah apa kata mahkamah nanti.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai nafkah anak-anak dan isu lain yang berkaitan dengan rumah tangga mereka.
Prosiding tersebut berlangsung di hadapan Hakim Syarie Tuan Muhamad Nazri Basrawi, yang menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh perbicaraan kes berkenaan.
Dalam prosiding itu, Nubhan selaku plaintif diwakili peguam syarie Mohd Redzuan Ramli, manakala Dr. Afifah diwakili Datuk Akberdin Abdul Kadir.
Sebelum ini, Datuk Akberdin mengesahkan bahawa Nubhan pernah melafazkan cerai pada tahun 2017, namun pasangan itu kembali rujuk dalam tempoh idah.
Menurut beliau, perceraian terkini berlaku secara baik tanpa konflik besar, sebaliknya berpunca daripada perselisihan faham dalam rumah tangga.
Difahamkan sejak kejadian itu, pasangan berkenaan tidak lagi tinggal sebumbung.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.