“Saya Masih Sayangkan Dia”- Amber Heard Akui Masih Cintakan Johnny Depp

Dunia

“Saya Masih Sayangkan Dia”- Amber Heard Akui Masih Cintakan Johnny Depp

Pelakon Hollywood Amber Hear telah muncul secara eksklusif dalam sebuah wawancara bersama Savannah Guthrie di BBC News baru-baru ini setelah dirinya kalah dalam perbicaraan kes saman fitnah bersama bekas suami, aktor Johnny Depp seperti laporan CNN.

Dalam temubual tersebut, Amber mengakui bahawa dia masih lagi mencintai Johnny yang sebelum ini didakwa olehnya sebagai seorang pendera dalam rumah tangga mereka sebelum ini.

Advertisement

Saya sayang dia sepenuh hati saya, saya cuba yang terbaik untuk mempertahankan hubungan yang terputus dan saya gagal.

Saya tidak mempunyai perasaan buruk atau niat buruk terhadapnya sama sekali.

Dalam pada itu, Amber juga merasakan bahawa perbicaraan antara dia dan Johnny ‘dimainkan’ di media sosial sekaligus mengubah persepsi orang ramai terhadap dirinya setelah pelakon filem terkenal Pirates of The Carribean itu memenangi kes saman fitnah tersebut.

Wujud khabar angin di media antarabangsa mengenai Johnny Depp yang mungkin akan menyaman Amber Heard sekali lagi.

“Saya bukanlah mangsa yang baik, saya faham. Saya bukan mangsa yang boleh disenangi, saya bukan mangsa yang sempurna.” ujarnya lagi.

BACA: “Sama Sekali Tidak!” – Kalah Kes Mahkamah, Amber Heard Berkeras Enggan Bayar Saman Kepada Johnny Depp

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : CNN

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...