July 30th, 2017

Wanita sememangnya sukar difahami. Walaupun sudah dikasari, dicederakan, dipatahkan hati, namun wanita akan terus mencintai dan menyayangi suaminya. Seperti yang kita ketahui, baru-baru ini Bella Astillah tercedera di bahagian muka apabila suaminya, Aliff Aziz telah bertindak mencampakkan telefon bimbit ke wajahnya.  Namun apa yang telah terjadi tetap tidak menghilangkan perasaan sayang dan cinta Bella kepada Aliff.

bella astillah

Menurut Bella, Aliff Aziz adalah seorang lelaki yang bertanggungjawab dan bukanlah seorang kaki pukul. Apa yang telah terjadi di dalam perkahwinan mereka adalah kerana kehadiran orang ketiga yang memporak-perandakan rumahtangga mereka. Kata Bella:-

Saya masih sayangkan Aliff!!! Saya tidak terfikir untuk berpisah dan masih sayangkannya malah Aliff tidak pernah memukul saya seperti yang hebat diperkatakan sejak semalam. Sebaliknya apa yang berlaku pada hari kejadian hanyalah pergelutan dan dalam situasi itu secara tidak sengaja dia mencederakan saya. Sepanjang kahwin, dia tak pernah pukul saya malah dia juga bertanggungjawab terhadap anak kami,

bella astillah

Bila fikir balik, sekiranya rumahtangga mereka runtuh kerana kontroversi ini, memang sukar untuK Bella membesarkan anak mereka yang baru sahaja dilahirkan pada 8 Julai lalu. Sudah tentu Bella berharap agar perkahwinan mereka masih dapat diselamatkan. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Semoga Aliff Aziz dan Bella Astillah akan berbaik semula. Diharap Aliff tidak akan mempersiakan peluang yang diberi oleh isterinya ini. Jadilah seorang suami dan ayah yang betul-betul bertanggungjawab. Sumber Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...