Intan Liana Salleh, isteri pertama Ude Wahid mendakwa masih sayangkan suaminya tetapi reda suami akan melafazkan cerai terhadapnya.
Gambar: mStar Online
Sinar Harian memetik Intan sebagai berkata:
Sehingga hari ini, saya masih sayangkan Ude.
Bersedia atau tidak, saya terima dan reda lafaz cerai yang akan dibuat suami.
Kami sudah tidak sebumbung sejak November lepas dan saya masih menetap di rumah yang disediakan Ude bersama anak-anak.
Dia juga memberitahu tidak tahu apa kesaahan yang telah dia lakukan sehingga Ude ingin menceraikannya.
Mengakui Ude sebagai suami dan bapa yang baik, Intan Liana berdiam diri mengenai rumahtangganya sejak mendedahkan pada November bahawa suaminya berkahwin dengan Izreen secara rahsia.
Walaupun mengakui sudah reda dengan keputusan suaminya untuk berpoligami waktu itu, hubungan mereka mula renggang. – beautifulnara.com