“Saya Masih Pengerusi Bersatu”, Tun M Mahu Pecat Tan Sri Muhyiddin Yassin

Trending

“Saya Masih Pengerusi Bersatu”, Tun M Mahu Pecat Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kemelut pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semakin tidak menemui jalan penyelesaian apabila Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi berkeras beliau adalah Pengerusi sah parti. Sebelum ini, beliau antara lima yang dipecat daripada parti tersebut semalam.

Baca: Tun Mahathir, Mukhriz Antara Lima Yang Dipecat Daripada Bersatu

Advertisement

Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan surat pengguguran ahli yang dikeluarkan Setiausaha Kerja BERSATU, Mohammad Suhaimi Yahya kelmarin adalah tidak sah dan tidak menepati perlembagaan parti.

Disebabkan itu, menerusi sidang media petang ini beliau memaklumkan bahawa Suhaimi dipecat dari parti. Beliau turut meluahkan rasa terkejutnya apabila menerima surat memaklumkan pengguguran keahliannya daripada Setiausaha Kerja.

“Setiausaha Kerja tidak ada dalam perlembagaan parti, dia tidak ada kuasa apa-apa pun. Dia hanya menerima arahan daripada saya. Jika tidak, dia tidak ada kerja apa-apa.”

tun m

Selain Tun M, empat lagi ahli lain yang dipecat adalah Datuk Seri Mukhriz, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq. Di dalam sidang media petang ini, Tun M memberitahu mahu berjumpa sendiri dengan Setiausaha Kerja yang memecatnya itu tetapi malangnya beliau tidak hadir.

Difahamkan, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin sepatutnya mengadakan sidang media di lokasi sama pada 4 petang tadi berhubung isu semasa Bersatu sebelum kemunculan secara tiba-tiba Dr Mahathir.

Tun M juga memaklumkan akan membawa isu pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

“Kita memang nak pecat dia, tapi saya kena tunggu Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT),” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Bersatu hari ini.

Menurutnya, banyak perkara salah dilakukan Tan Sri Muhyiddin sejak kebelakangan ini terutama membabitkan pemberian jawatan kepada ahli Umno yang menyertai Bersatu. Parti sudah membuat keputusan bahawa orang UMNO yang masuk Bersatu mesti melalui satu proses.

“Orang UMNO tidak boleh pegang apa-apa jawatan. Apa yang dibuat oleh Muhyiddin adalah salah,” katanya. Sementara itu, Datuk Sazmi Miah daripada Kelantan dilantik sebagai Setiausaha Kerja menggantikan Mohammad Suhaimi Yahya yang dipecat hari ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber: (1), (2)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...