“Saya Masih Menyayangi Isteri Saya, Farah Md Isa” – Suspek Kes T*mbak KLIA

Berita

“Saya Masih Menyayangi Isteri Saya, Farah Md Isa” – Suspek Kes T*mbak KLIA

Suspek kes tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Hafizul Hawari memaklumkan bahawa dia masih menyayangi isteri, Farah Md Isa.

Hafizul berkata demikian ketika dikerumuni media di Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk permohonan sambung reman, hari ini.

Advertisement

Assalamualaikum, saya masih menyayangi isteri saya. Farah Md Isa. Terima kasih.

Dia dirakam tiba ke perkarangan mahkamah jam 8.35 pagi tadi dengan kawalan ketat anggota polis.

Hafizul Farah cieSumber : mStar  

Terdahulu, Hafizul telah dikenakan tahanan reman tujuh hari sehingga Isnin, 22 April ini.

Suspek direman bagi tujuan membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat)1971.

Hafizul dilaporkan telah melepaskan tembakan ke arah isterinya, Farah Md Isa di balai ketibaan KLIA1 pada 14 Februari lalu.

Cubaan itu walau bagaimanapun gagal apabila satu das tembakan telah mengenai pengawal peribadi isterinya yang juga berada di lokasi kejadian.

Dia kemudian melarikan diri sebelum berjaya ditahan polis di hadapan Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tembak klia
7 months ago

[KES TEMB*K DI KLIA] Suami Sasar Isteri Sedang Tunggu Jemaah Umrah, Tersasar Ke Pegawal Peribadi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...