Seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai bekas kekasih kepada pempengaruh Islamik, iaitu Nur Atyka enggan membahas kes seorang influencer yang ditahan kerana didakwa menunjukkan kemaluan kepada seorang individu ketika sedang membuat panggilan video.
Ingin menjaga aib
Kata Atyka, dia bertindak mengunci mulut disebabkan ingin menjaga aib pempengaruh terbabit. Menurutnya, pendedahan yang dibuat sebelum ini sekadar ingin menggesa bekas teman lelakinya itu untuk bersemuka dengannya.
Untuk saya yang mengenali dia perkara itu betul atau tidak, biarlah rahsia. Saya hanya beritahu yang mana perempuan-perempuan tunjuk itu, itulah dia.
Saya masih lagi menjaga aib dia, walaupun saya post benda tu.
View this post on Instagram
Bergantung pada situasi
Tambahan pula, Atyka juga mengakui tindakan mendedahkan bekas teman lelakinya di media sosial itu bukanlah tindakan yang terbaik. Namun, itulah caranya untuk mereka menyelesaikan isu ini secepat mungkin.
Perasaan saya tak adalah saya rasa bangga ataupun puas hati dengan apa yang saya dah buat ni. Sebab saya pun dah berhenti post apa-apa pasal dia.
Jadi saya nak selesaikan dengan cara berjumpa. Kalau berjumpa reaksi dia baik, kita akan selesaikan cara baik, kalau cara di kasar, saya pun akan kasar.
Saya akan ikut situasi, kalau ikutkan memang nak selesaikan cara baik. Perkara ni pun kalau ikutkan saya tak nak libatkan banyak pihak.
Terdahulu, pempengaruh yang terkenal dengan video ‘tebuk Quran’ itu dituduh terlibat dalam jenayah gangguan seksual. Susulan dakwaan tersebut, influencer berkenaan menafikan tuduhan tersebut dan berkata ia merupakan fitnah terhadapnya.