October 1st, 2020

Menafikan dakwaan pernah berkahwin dengan seorang VIP sebelum ini, penyanyi yang juga bekas bintang Akademi Fantasia (AF) musim kedua, Linda Nanuwil tampil mendedahkan perkara itu kepada umum.

"Saya Masih Jomblo” – Linda Nanuwil Nafi Pernah Berkahwin Dengan VIP

Menurutnya, dakwaan tersebut timbul selepas dirinya tiba-tiba menghilang dari radar industri hiburan.

Katanya lagi, beliau kini makin sedar bahawa ramai yang mempercayai cerita tersebut, namun hakikatnya beliau masih solo sehingga kini.

"Saya Masih Jomblo” – Linda Nanuwil Nafi Pernah Berkahwin Dengan VIP

“Masih jomblo (bujang) dan saya okay saja dengan kehidupan sekarang.”

Dalam pada itu, disoal mengenai penyertaannya dalam program realiti Gegar Vaganza (GV) musim ketujuh, Linda akui beliau langsung tidak akan mensia-siakan peluang ada.

“Dua tahun lalu ketika saya menyuarakan hasrat untuk kembali aktif, ramai peminat yang mahu saya menyertai GV dan berjanji untuk memberikan sokongan. Jadi bila ia menjadi kenyataan, semestinya saya tidak akan mensia-siakan peluang meski sebenarnya gementar untuk berada satu pentas dengan mereka yang jauh lebih berpengalaman daripada saya.”

"Saya Masih Jomblo” – Linda Nanuwil Nafi Pernah Berkahwin Dengan VIP

Untuk rekod, Linda sebelum ini pernah dinobatkan sebagai naib juara Akademi Fantasia (AF) musim kedua, malah kini kembali berentap semula di GV7 bersama 13 penyanyi-penyanyi “legend” lain seperti Mus May, Noraniza Idris, Yantzen, Ayu Damit Rozita Izlyn, Haslienda, Asyira, Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), Oja, Aju (vokalis kumpulan Success) dan Nomad serta dua buah kumpulan popular era 90an, iaitu Indigo dan Eva.

Sumber: Gempak


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...