“Saya Masih Jaga Batas..”- Bawa Watak GRO Dan Seksi, Scha Elinnea Sedia Terima Kecaman Netizen

Hiburan

“Saya Masih Jaga Batas..”- Bawa Watak GRO Dan Seksi, Scha Elinnea Sedia Terima Kecaman Netizen

Dikenali dengan imej seksi, Scha Elinnea tampil beri penjelasan tentang penampilan terbarunya yang memegang watak sebagai pelayan khidmat pelanggan (GRO) dalam drama terbaru Kerana Aku Isteri Bidaan.

Katanya, walaupun beliau sinonim dengan imej seksi di luar, namun beliau masih tahu menjaga batas ketika memegang watak tersebut.

Advertisement

Selain itu, Scha juga menyatakan bahawa beliau bersikap terbuka dan bersedia untuk menerima sebarang kecaman daripada masyarakat tentang penampilannya dalam slot Samarinda, TV3 itu nanti.

Saya tak boleh menghalang sebarang kecaman yang berlaku pada saya sebab ia merupakan tanggungjawab saya sebagai pelakon untuk menyampaikan watak Raina sebagai GRO dan kerja di kelab malam.

Walaubagaimanapun, beliau berkata, sebagai anak seni yang masih baru, watak Rania agak sukar untuk dibawa sebab ia memerlukan banyak permainan emosi.

Sekadar info, Scha Elinnea dilaporkan mempunyai masalah gangguan mental pada Oktober tahun lepas, namun masih lagi terkawal dan perlu bergantung dengan pengambilan ubat-ubatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

Lara Alanaa wikipedia
2 years ago

Pernah Dikutuk Dan Dikecam, Lara Alana Kini Anak Selebriti Pertama Tercatat Dalam Wikipedia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...