Isu rumah tangga penyanyi Fyna Jebat kembali menjadi perhatian apabila dia tampil dengan satu luahan panjang di Instagram Story yang mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Menerusi pendedahan tersebut, Fyna mengakui bahawa dirinya sebenarnya menjadi simpanan kepada seseorang selama empat tahun. Lebih mengejutkan, dia turut memaklumkan hasil hubungan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini hampir berusia dua tahun.

Terbaharu, dalam laporan mStar, Fyna menjelaskan bahawa luahan beremosi itu sememangnya ditujukan kepada suaminya kerana sudah tidak mampu lagi memendam perasaan.
“Ya, luahan disimpan itu saya tujukan kepada suami saya Zainal Abidin. Kami sebenarnya belum cerai lagi dan sehingga sekarang saya masih isteri yang sah. Isteri pertama tidak tahu saya ini masih lagi isteri dia. Saya buat kenyataan tersebut adalah untuk kebaikan anak saya.”
Menurut adik kepada Ayda Jebat itu, keputusan untuk bersuara dibuat demi menjaga kesihatan mental serta masa depan anaknya.
Untuk rekod, pada Mei 2023, bekas jurulatih bola sepak terkenal, Zainal Abidin Hassan didakwa telah bercerai dengan Fyna selepas dikatakan berlaku ketidaksefahaman antara isteri kedua dan isteri pertama, Zalina Zaini.
Terdahulu pada Januari 2023, kedua-dua isteri kepada Zainal Abidin turut dilaporkan terlibat dalam satu insiden tarik rambut di sebuah restoran di Shah Alam yang menjadi tular ketika itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
