“Saya Masih Dihantui Insiden Itu” – Sam Ke Ting Bebas Tuduhan Penyebab Kematian 8 Remaja Basikal Lajak

Berita

“Saya Masih Dihantui Insiden Itu” – Sam Ke Ting Bebas Tuduhan Penyebab Kematian 8 Remaja Basikal Lajak

Setelah enam tahun kes berlaku, akhirnya semalam, wanita bernama Sam Ke Ting bebas daripada tuduhan penyebab kematian 8 orang remaja yang menunggang basikal lajak.

Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan membebaskan kerani tersebut dan mengetepikan hukuman penjara enam tahun serta denda sebanyak RM6000.

Advertisement

Sewaktu ditemubual oleh pihak media, wanita tersebut mengakui dirinya telah melanggar 8 remaja tersebut, namun ia bukanlah disengajakan.

Malah, Sam Ke Ting berkata sepanjang enam tahun kejadian ini berlaku, dirinya sering memikirkan kemalangan yang berlaku serta momen insiden tersebut masih menghantuinya.

Sekadar info, pada 18 Februari 2017, lapan remaja yang terdiri daripada umur 13 tahun hingga 17 tahun yang menunggang basikal lajak maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sam Ke Ting bersalah
2 years ago

"Dia Sepatutnya Pandu Berhati-Hati" - Terbukti Bersalah, Mahkamah 'Tolak' Keputusan Bebaskan Sam Ke Ting

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...