Pencentus Ummah (Pu) Azman masih lagi terlihat aktif memberi ceramah walau ada kes amang seksual yang hangat dibincang warganet baru-baru ini.
Untuk info, penceramah terkenal ini menghadapi 12 pertuduhan seksual termasuk, lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, empat kes di Mahkamah Majistret dan Sesyen Klang, satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen ampang serta dua kes di Mahkamah Shah Alam.
Saya tak fikir apa-apa sekarang, saya masih buat content di media sosial macam biasa.
View this post on Instagram
Dalam perbualan tersebut, Azman akui dia masih menjalankan aktiviti kerja seperti biasa perihal agama untuk orang ramai yang masih mengikutinya.
Tambahnya lagi bila ditanya, Azman kurus bukan kerana ‘stress’ memikirkan isu dirinya, tetapi pada masa lapang, dia pergi bersenam, itu nampak kurus sikit, katanya.
Perkembangan saya seperti biasa lah, masih menerima jemputan ceramah
Sekadar info, kes amang seksual melibatkan Azman akan dibicarakan serentak pada Mei tahun hadapan.
Untuk mengetahui artikel lain yang terkini, klik pautan di bawah.