September 3rd, 2018

Walaupun Ismail Izzani mengakui kesilapannya dan telah meminta maaf dari ibu bapa dan pihak pengurusannya berhubung satu gambar dia memeluk pinggang pelakon Zarina Anjoulie yang berpakaian jarang dan tidak bertudung, Zarina pula lain ceritanya. Dia mendakwa itu gambar lama dan hanya satu cara Fathia  Latiff yang merupakan kawan baiknya, ‘membahan dirinya’.

Kepada Utusan Online, Fathia memberitahu, baginya ia isu kecil dan tak perlu diperbesarkan.

Advertisement

Saya dan Fathia memang berkawan rapat sejak dahulu dan orang tak faham tentang hubungan kami. Kena ‘bahan’ dalam IG tu perkara biasalah sebab dia pun buat benda yang sama sampaikan mengeluarkan semula gambar saya tak bertudung.

Orang terus anggap saya nak buka tudung dan sebagainya pada hal itu adalah cara kami bergurau dan bersahabat. Sebab itu kalau tak kenal kami berdua tak payah nak komen lebih sangat.

Gambar itu dimuat naik ke akaun Instagram oleh Fathia Latiff pada 31 Ogos lepas. Ada Netizen yang mendakwa ia diambil di sebuah kelab pada malam ambang ulang tahun kemerdekaan. Jika ia gambar lama Ismail Izzani yang berusia 18 tahun pasti di bawah umur dan tidak boleh memasuki tempat hiburan.

Apa pun, khabarnya, Ismail Izzani tidak dapat dihubungi untuk bercakap sendiri mengenai perkara itu dengan pihak media.

Dia juga mendapat sokongan dari rakannya Haqiem Rusli berkaitan kontroversi yang melanda dan berharap remaja itu bersabar. – beautifulnara.com

Advertisement

24 responses to “Saya Masih Bertudung, Gambar Lama, Bukan Isu Besar – Zarina Anjoulie”

  1. Anonymous says:

    tentu masa tu mail baru 14 tahun kan…… best dibawah umur boleh masuk nignt club…. tentu datuk dan datin gembira anak baik mereka masuk awal ke kelab malam bukan ke sekolah………… well anak datuk dan datin kaya sekolah di rumah je…. banyak duit itulah perempuan melakat biar pun masih kecil yang penting tidak lokek

  2. wekkkkkkk says:

    x ape Zarina, itu diri kamu x menyusahkan org, dosa pahala masing2 kn. Yg lebih terok adalah Vida tu dan pelancaran tudung d zouk…siapa lagi kalau bukan dtg dri Negeri Di Bawah Air.

  3. Diknon says:

    Biar muka xlawa janji hati baik.. Tapi kalau dah dua2 tu burok hodoh keji…
    General stetmen

  4. Barongan says:

    Elok sangat filem Munafik 2 masuk pawagam skarang, kena dengan ko berdua. Munafik dua2 ekor sahabat ni. puih!

  5. anonymous says:

    Nak menipu kena bijak.

Loading...