Walaupun Ismail Izzani mengakui kesilapannya dan telah meminta maaf dari ibu bapa dan pihak pengurusannya berhubung satu gambar dia memeluk pinggang pelakon Zarina Anjoulie yang berpakaian jarang dan tidak bertudung, Zarina pula lain ceritanya. Dia mendakwa itu gambar lama dan hanya satu cara Fathia Latiff yang merupakan kawan baiknya, ‘membahan dirinya’.
Kepada Utusan Online, Fathia memberitahu, baginya ia isu kecil dan tak perlu diperbesarkan.
Saya dan Fathia memang berkawan rapat sejak dahulu dan orang tak faham tentang hubungan kami. Kena ‘bahan’ dalam IG tu perkara biasalah sebab dia pun buat benda yang sama sampaikan mengeluarkan semula gambar saya tak bertudung.
Orang terus anggap saya nak buka tudung dan sebagainya pada hal itu adalah cara kami bergurau dan bersahabat. Sebab itu kalau tak kenal kami berdua tak payah nak komen lebih sangat.
Gambar itu dimuat naik ke akaun Instagram oleh Fathia Latiff pada 31 Ogos lepas. Ada Netizen yang mendakwa ia diambil di sebuah kelab pada malam ambang ulang tahun kemerdekaan. Jika ia gambar lama Ismail Izzani yang berusia 18 tahun pasti di bawah umur dan tidak boleh memasuki tempat hiburan.
Apa pun, khabarnya, Ismail Izzani tidak dapat dihubungi untuk bercakap sendiri mengenai perkara itu dengan pihak media.
Dia juga mendapat sokongan dari rakannya Haqiem Rusli berkaitan kontroversi yang melanda dan berharap remaja itu bersabar. – beautifulnara.com