Sebelum ini timbul sedikit salah faham antara Zainol Macwilson dan Zul Ariffin. Dalam satu kenyataan, Zainol mengakui tidak mahu anaknya Zahirah Macwilson menjalinkan hubungan percintaan dan mahu beliau fokus kepada karier lakonan.
Tidak mendapat restu bapanya, ramai yang tertanya apakah status hubungan Zahirah dan Zul kini? Adakah sudah berakhir seperti yang didakwa?
Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami masih berjalan dengan baik. Kami tidak pernah bergaduh atau bermasam muka. Cukup saya katakan, kami masih berkawan. Saya minta maaf kerana tidak dapat komen lebih lanjut.
Demi menjaga hati banyak pihak, Zahirah berharap kisah peribadinya tidak menjadi perhatian ramai. Baguslah kalau cinta mereka masih utuh dan hubungan mereka masih kekal. Semoga jodoh mereka berpanjangan untuk ke fasa yang lebih serius.