November 14th, 2016

Impian peminat Fattah Amin dan Neelofa yang menginginkan beliau dan Neelofa bercinta nampaknya mungkin termakbul satu hari nanti apabila Fattah mengakui beliau masih berhubung dengan Neelofa meskipun drama Suri Hati Mr. Pilot sudah tamat bersiaran.

Bukanitu sahaja, Fattah akui  mereka mempunyai hubungan yang agak rapat bersama Neelofa.

Saya masih lagi berhubungan dengan Lofa dan kami rapat. Saya akui, kami juga keluar bersama-sama. Bulan depan juga kami akan akan terbang ke Brunei untuk menjayakan majlis bertemu peminat drama Suri Hati Mr Pilot. Saya bersyukur kerana walaupun drama ini sudah tamat, sambutan hangat masih berterusan.

Berbicara mengenai harapan peminat yang  berharap agar mereka benar-benar bercinta selepas menonton kemesraan Ejaz dan Warda didalam drama berkenaan, Fattah bagaimanapun hanya tersenyum lebar dan enggan mengulas lebih lanjut mengenainya.

Menurut Fattah, beliau menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan takdir.

Terima kasih kerana menyukai lakonan kami. Saya amat menghargainya. Kalau ditanya mengenai perkara lebih daripada itu, saya sendiri sukar untuk mengatakannya. Soal jodoh saya serahkan kepada Allah.

Kalau ada jodoh tidak kemana, namun kemesraan didalam kaca tv tidak cukup untuk memulakan hubungan percintaan. Kenal dahulu hati budi masing-masing dan jika serasi tidak salah untuk cuba bercinta.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...