“Saya Masih Belajar” – MK K-Clique Harap Tak Lagi Dilabel ‘Kayu’

Hiburan

“Saya Masih Belajar” – MK K-Clique Harap Tak Lagi Dilabel ‘Kayu’

Salah seorang anggota kumpulan K-Clique, MK berharap agar dirinya tidak dilabel pelakon ‘kayu’ kerana baru berjinak-jinak dalam dunia lakonan melalui drama The Hotel dan Oh My Hantaran.

MK K-Clique
2 years ago

"Bukan Kayu..Cuma.." Didakwa Kekok Berlakon, MK K-Clique Jawab Kritikan Netizen

Advertisement

Penyanyi rap kelahiran Tawau, Sabah itu sebaliknya menganggap dirinya belum mempunyai pengalaman yang banyak dan masih dalam proses belajar.

Saya akan belajar memperbaiki mutu lakonan. Insya-Allah dari ‘kayu’ perlahan-lahan keluar daun dan jadi bunga.

MK akui berlakon memberinya kepuasan dan menjadi seronok kerana dapat meneroka sesuatu yang baharu terutama apabila membawakan karakter yang berbeza-beza.

Selain itu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan memberitahu bahawa dia juga tidak pasti tentang dakwaan yang mengatakan dirinya kini menjadi rebutan penerbit.

Namun, MK akan terima tawaran yang diberikan mengikut kemampuan dan masanya jika diberi peluang.

Menurut MK, dia semakin seronok menceburi bidang lakonan tetapi enggan melupakan karier asalnya sebagai seorang penyanyi rap.

MK K-Clique

Saya tidak mahu mengabaikan karier sebagai penyanyi rap apabila sibuk berlakon. Kalau boleh, saya mahu kedua-dua kerjaya seiringan.

Ujar MK lagi, dia akan berusaha untuk tampil dengan single baharu selepas ini supaya peminat dapat lihat yang dia tidak lupakan bidang nyanyian.

Sekadar info, MK yang kini berusia 25 tahun berasal dari Sabah dan juga merupakan seorang graduan dalam bidang pengajian perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...