October 13th, 2014

Masa zaman Abang Nara muda-muda dulu, Diana Rafar ini adalah salah seorang artis pujaan hati. Pergh. Memang cantik beb. Sekali tengok terasa macam jatuh cinta dah. Kalau ada majalah memaparkan Diana Rafar, confirm Abang Nara akan beli. Kira ‘crush’ la nie. Jadi apabila terdengar desas-desus keretakan rumah tangga Diana Rafar dan Zamarul Hisham, sedih juga hati ini. Iyerlah, walaupun tak dapat memiliki, Abang Nara masih mendoakan agar Diana bahagia buat selamanya di samping suami tercinta.
diana rafarDesas-desus ini telah bertiup kencang sejak setahun yang lalu dan ia kembali panas apabila Diana Rafar sendiri mengakui yang dia sering menghabiskan masa bersama anaknya, Kashfi Haikal, 4, berbanding bersama Zamarul. Namun jangan risau, ada penjelasan tentang hal ini. Kata Diana:-

“Saya masih seperti biasa, sibuk dengan rutin harian, menjaga anak, memasak. Manakala Zamarul sibuk dengan penggambaran. Saya akui Zamarul memang sering sibuk dengan penggambaran dan menyebabkan kami jarang dapat ke majlis hiburan atau majlis lain bersama.

Lagipun kerja kami tidak sama, dia dengan jadualnya dan saya dengan jadual saya. Apa pun setakat ini saya masih lagi bahagia bersama. Dia hanya diam dan menjalankan rutin seperti biasa. Apa pun yang berlaku, semuanya telah diaturkan oleh ALLAH SWT

diana rafar

Biasalah apabila masing-masing bekerja sebagai pelakon, memang sibuk sampai tiada masa bersama. Mungkin lepas ini boleh kosongkan jadual di hujung minggu untuk melakukan aktiviti bersama-sama. Walaupun sudah lama berkahwin, aktiviti sebegini perlu ada untuk eratkan kembali hubungan sesama suami isteri. Tak gitu? Apa pun, sama-samalah kita doakan agar Diana dan Zamarul kekal bahagia sebagai suami isteri sehingga ke akhir hayat. Sumber Sinar Harian.


Comments are closed.

Loading...