“Saya Masih Ada Iman” – Didakwa Suka Tunjuk Harta Punca Rumah Dirompak, Kieda Crepe Kecewa Difitnah

Kehidupan

“Saya Masih Ada Iman” – Didakwa Suka Tunjuk Harta Punca Rumah Dirompak, Kieda Crepe Kecewa Difitnah

Sedia maklum, baru-baru ini rumah usahawan sensasi, Kieda Crepe telah dipecah masuk hingga membuatkan dirinya rugi hampir RM1 juta.

Suka menunjuk?

Susulan itu, ada beberapa pihak mendakwa punca rumahnya dirompak susulan sering menunjuk-nunjuk harta yang dimiliki di Instagram.

Advertisement

Menurut Kieda atau nama sebenarnya, Siti Nur Khalieda Yusra, dia masih mempunyai iman dan tidak mahu bersangka buruk pada pihak yang menuduhnya.

kieda crepe rumah dirompak

Kesal dituduh beberapa pihak

Kata usahawan itu, dia berkongsikan berita sedih rumahnya dirompak kerana mahu orang ramai mendoakan agar perompak yang memecah masuk rumahnya segera diberkas.

Hingga ke hari ini, Kieda masih menunggu khabar berita mengenai perompak itu daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan merompak barang kemas di dalam peti besi seberat 200 kilogram di dalam rumah.

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen mendoakan agar Kieda serta suami kuat menghadapi ujian ini, malah ada juga yang meninggalkan kata-kata semangat buat mereka.

komen kieda crepe

kieda
7 months ago

"Rumah Masih Bau Badan Si Pencuri.." - Barang Kemas & Duit Bernilai Hampir RM800K Lesap Dirompak, Kieda Crepe Akui Trauma

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...