“Saya Marah Tapi..” – Ebit Lew Luah Anak Menangis Akibat Isu Tuduhan R*gol

Trending

“Saya Marah Tapi..” – Ebit Lew Luah Anak Menangis Akibat Isu Tuduhan R*gol

Pendakwah terkenal, Ebit Lew, meluahkan rasa sedih dan terkesan apabila dikaitkan dengan dakwaan kes rogol sebelum ini.

Menerusi podcast Soutudeen, Ebit berkongsi detik sukar yang dialaminya ketika menghadapi tuduhan tersebut. Katanya, ketika itu beliau baru pulang dari berdakwah di London dan menunaikan umrah di Makkah, sebelum kembali ke Malaysia dan membuat laporan polis serta memfailkan saman.

Advertisement

Awalnya saya marah, tapi saya serahkan segalanya kepada undang-undang.

Ebit mengakui tuduhan itu sangat berat, dan lebih menyayat hati apabila anak perempuannya turut terkesan secara emosi selepas membaca berita mengenainya di internet,

Anak perempuan saya, dia balik rumah kemudian menangis. Dekat sekolah, buka internet keluar, ‘Ebit Lew disiasat kes rogol..’. Rogol, bukan satu tuduhan kecil.

@soutudeen Ustaz Ebit Lew menang case. Watch full video di Youtube Soutudeen feat @Ebit Lew ♬ original sound – soutudeen

Dia turut berkongsi bahawa seorang doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadapnya turut menangis kerana terkejut dengan tuduhan tersebut. Ebit menafikan dakwaan berlaku di sebuah hotel kerana menurutnya, tempat itu tidak pernah dikunjungi.

Akhirnya, mahkamah memutuskan wanita yang menuduhnya perlu membayar ganti rugi RM20,000 kerana memfitnah.

pertemuan Sajat dan Ebit Lew
2025-08-01 10:46:39

"Oh I Tak Ada Isteri" - Mahu Beri Buku Tentang 'Bidadariku', Pertemuan Ebit Lew & Sajat Raih Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...