Penyampai berita dan pengacara terkenal Hawa Rizwana dikecam netizen akibat penampilannya ketika acara karaoke bersama peminat.
Menurut laporan mStar, Hawa, 27, berterima kasih dengan perhatian yang diberikan serta mengambil iktibar dengan teguran yang diberi.
Hawa berkata bahawa penampilannya di dalam video tersebut merupakan gaya kasual yang selalu dipakai apabila keluar dan tidak marah dengan komen-komen yang diberi.
Selain itu, dia juga memohon maaf jika video berkenaan menyinggung mana-mana pihak serta menerangkan sebagai manusia biasa dia juga mempunyai hobi.
Menerusi video itu, netizen bukan sahaja mengecam penampilannya tetapi aktiviti karaoke yang dilakukan oleh Hawa juga dikritik.
Apa yang penting bagi Hawa ialah perkongsian itu tidaklah keterlaluan dan dia tidak pernah melupakan pesan ibu bapanya bahawa setiap perkara ada batasannya.