“Saya Mangsa, saya teraniaya, saya difitnah” – Pembongkaran Pelaburan Kucing

Trending

“Saya Mangsa, saya teraniaya, saya difitnah” – Pembongkaran Pelaburan Kucing

Kes tular mengenai pelaburan kucing yang dijalankan oleh Imadi Pet sekitar tahun 2017 seperti tidak ada lagi penyelesaiannya. Turut tular kes penganiyaan kucing yang diletak di bawah jagaan mereka. Berikut kisah perkembangan kes tersebut.

Bismillah.. saya banyak diamkan diri tentang kes ini kerana dinasihatkan untuk diam dan senyap agar pihak bertanggungjawab membuat siasatan.

Advertisement

23-26 Julai 2018 pada jam 10 pagi di Mahkamah tinggi Shah Alam kes saya akan dibicarakan. Saya tak minta wang ringgit, atau anda tampil bersama memberi sokongan. Saya hanya perlukan Doa semoga kebenaran akan menang.

Saya pertahankan diri untuk mempertahankan tuduhan FITNAH. Mereka yang saman saya.

share

“Kenapa? Untuk buktikan yang mereka berduit atau amaran untuk pengguna lain supaya jangan rosakkan nama mereka nanti kena saman?”

Apabila berlaku kes pelaburan kucing yang viral pada ogos 2017, saya didatangi oleh mangsa-mangsa lain. Saya tak duduk diam untuk lawan kes Lily. Saya naik turun pelbagai agensi kerajaan untuk membuat laporan tetapi hanya sekadar hantar dokumen, tiada tidakan susulan.

TRIBUNAL PENGGUNA

Wakil SPCA Johor Bahru sarankan saya berjumpa Tan Sri Sharir dan beliau memberi cadangan untuk melaporkan kepada Tribunal Penguna dan  Jabatan Veterinar. Surat sokongan daripada beliau juga saya dapat.

“Saya buka fail untuk kes penipuan pembelian 2 ekor anak kucing dengan harga RM10K seekor, dengan resit tanpa cop yang mencurigakan,”. Itu laporan saya dan Tidak ada kena mengena dengan kes kematian Lily.

Saya telah dibuli sewaktu perbicaraan tribunal. Pihak berkenaan memanggil 10 orang saksi yang mengatakan perniagaan mereka telus dan saya sekadar menabur fitnah. Walaupun saya telah membawa bukti, mereka memutar belitkan fakta.

36701839_10156532046114494_8990257893680873472_o

“Mereka cucuk sendiri vaksin didepan mata saya walaupun mereka bukan doktor haiwan dan mengenai sijil, mereka mengatakan syarat jika beli kucing dengan mereka, nama dalam sijil tersebut memang akan tertulis nama mereka”.

Saya tak diberi peluang yang banyak untuk bercakap ketika perbicaraan dan  saya diberitahu oleh bekas pekerja mereka bahawa mereka telah meraikan kemengan kes di dalam group whatsapp. Dan benar kes saya ditolak dan gagal untuk meminta ganti rugi RM 20k untuk pembelian kucing yang saya buat sebelum ini.

Saman RM2.5Juta

Tidak lama selepas itu tular di akhbar yang pihak mereka akan sama saya sebanyak RM 2.5 juta atas sebab nak jatuhkan perniagaan mereka dan saya menerima surat dari peguam mereka untuk padam segala post berkaitan serta meminta maaf secara terbuka kerana memfitnah.

Walaupun hampir putus asa saya tetap lawan, saya usaha sendiri. Saya hubungi lebih 20 orang mangsa yang senasib dengan saya dan buat laporan secara berkumpulan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Jadi saya mohon doa kalian semoga dipermudahkan urusan saya untuk lawan mereka dimahkamah nanti.

Sumber: Bistarif Aqb

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...