Pelakon Elly Suriaty,53, mengakui dia kini sedang berada dalam fasa bahagia dan sedang mengenali seorang jejaka baru dalam hidupnya ketika ini.
Ujar Elly, lelaki itu merupakan seorang yang baik dan matang selain selesa berkawan dengan teman barunya itu.
Ya betul, tetapi saya tak boleh nak cerita lebih-lebih, nanti kalau tak jadi malu, jadi simpan sajalah. Saya pun masih mengenali dia.
Kita tak akan betul-betul kenal orang jadi saya serahkan kepada Allah S.W.T. Adalah dalam setahun lebih kenal dia. Sakrang saya dalam fasa single tapi not available.
Jelas pengarah dan pelakon ini lagi, dia berasa malu kerana jarak umur lelaki tersebut agak jauh kerana berada di usia lewat 30an dan Elly pula awal 50-an.
Pada saya sebab dia orang yang baik, dia suka saya yang matang. Sebenarnya saya malu, rasa macam serius ke dia ni. Dia pula muda pada saya, lewat 30an.
Dia boleh terima anak-anak saya itu paling utama. Kalau dia tak boleh terima anak-anak pada saya tak boleh.
Elly dalam pada itu meletakkan urusan jodoh kepada Allah S.W.T kerana tidak pernah merancang mahupun menyekat kehadiran jodoh kerana ia adalah takdir Allah.
“Dia orang baik, Alhamdullilah. Saya segan sebenarnya, yang ini pun saya tanya, awak tak kisah ke saya lebih tua daripada awak, saya 53..” kata Elly.
Sekadar info, Azri dan Elly bercerai pada 17 Mei tahun laluselepas 19 tahun bernikah. Hasil perkongsian hidup merekadikurniakan dua orang anak, Azrell Omar, 19 dan Nur Azreen, 14.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.