Baru-baru ini, penampilan terbaru pelakon, Nora Danish memakai hijab telah menarik perhatian ramai dan ramai yang memuji kecantikkan aktres terbabit.
Sering hadiri majlis ilmu agama
Melalui sesi temubual bersama pihak media, Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, 42 memberitahu salah satu faktor mahu berhijrah kerana sering menghadiri majlis ilmu agama sejak Mei lalu.
Apabila pulang dari majlis ilmu, saya kadangkala malu terhadap diri sendiri kerana masih tidak berubah walaupun kerap mendengar ceramah agama.
View this post on Instagram
Katanya, kerana mempunyai perasaan tersebut, ia sedikit sebanyak menjadi penyebab untuk dia berubah.
Mudah nak solat dan mengaji bila tutup aurat
Dalam pada masa yang sama, Nora memberitahu ibunya, Salimah Talib mengalirkan air mata selepas mengetahui penghijraha aktres itu.
Nora memberitahu sebelum ini ramai yang mendoakan agar dia kekal istiqamah tetapi dia belum bersedia untuk berkongsikan tentang berita penghijrahan itu.
Tambah pelakon Puteri itu lagi, dengan memakai pakaian menutup aurat, ia memudahkannya untuk solat dan mengaji sepanjang menjaga Nedim di hospital.