“Saya Malas Nak Berdiam Diri Lagi” – Sering Dituduh Homoseks*al, Atiq Azman Kongsi Gambar Dengan Teman Wanita

Hiburan

“Saya Malas Nak Berdiam Diri Lagi” – Sering Dituduh Homoseks*al, Atiq Azman Kongsi Gambar Dengan Teman Wanita

Sering disalah anggap mengamalkan gaya hidup songsang, pelakon Atiq Azman akhirnya mendedahkan wajah teman wanitanya di media sosial.

Difahamkan, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Sya itu berasal dari negeri Sarawak dan juga peminatnya.

Advertisement

Dedah wajah teman wanita

Jelasnya lagi, mereka berdua berkenalan setelah Sya datang bertemu dengannya untuk mengambil foto dalam sebuah acara sebelum ini.

AtiqSumber : Instagram  

Dia teman wanita saya dan kami sudah lama kenal, sebenarnya dia peminat saya. Kami pernah ambil gambar bersama sebelum ini dan perkenalan kami bermula dari situ.

Kata Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah,23, dia sudah penat mendiamkan diri mengenai dakwaan sesetengah netizen yang menuduhnya sebagai seorang gay.

Nafi nak tutup mulut netizen

Apa yang saya kongsikan ini semua betul bukan sebab nak tutup mulut netizen. Saya dah malas nak berdiam diri lagi. Saya dan teman wanita ada saja keluar bersama tapi mungkin tak kecoh sebab tiada orang rakam.

Ujar Afiq, terdetik rasa bersalah di dalam hati kerana berkongsi foto mesra mereka berdua memandangkan keluarga ada berpesan untuk menjaga batas pergaulan.

Harap peminat tidak terkejut

Saya tahu gambar tindakan itu salah sebab tidak menjaga jarak namun saya harap peminat yang sentiasa menyokong saya tidak terkejut.

Sebelum ini, pelakon drama Nur itu pernah dikecam kerana sering memaparkan foto tidak berpakaian di media sosial sehinggakan ada yang menuduhnya mengamalkan cara hidup songsang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Umrah, Travel Sana Sini Tapi Hutang Tak Bayar” – Bekas Isteri Pengacara Terkenal Didakwa Tak Bayar Hutang RM130K?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...