Boleh dikatakan perubahan imej pelawak serta pelakon, Enot yang kini sudah semakin kurus sejak awal tahun sememangnya menarik perhatian ramai.
Tak sentuh nasi, hanya makan telur atau keropok lekor
Melalui laporan mStar, Enot, 47, berkata dirinya sama sekali tidak ‘menyentuh’ nasi dalam diet harian dan hanya makan telur atau keropok lekor sahaja.
Enot mengatakan dirinya memang tidak suka memakan nasi, jadi tidak menjadi masalah serta mudah untuk dia hanya makan enam hingga lapan biji telur sehari.
Selain tu saya ambil lauk macam ikan bakar dan ikan rebus. Kalau rasa dah muak, saya akan makan keropok lekor atau keropok ikan. itu pun dah cukup buat saya kenyang seharian.
View this post on Instagram
Alami masalah kesihatan serius sebab utama turunkan berat badan
Katanya, dia mula nekad untuk menurunkan berat badan selepas berdepan dengan masalah kesihatan yang serius, termasuk slip disc serta lutut retak akibat terjatuh dalam tandas dua tahun lalu.
Bahkan, doktor juga memaklumkan kepadanya jika tidak menjaga berat badan, besar kemungkinan dia akan lumpuh.