Saya Mahu Wanita Berharta Dan Ada Kedudukan Supaya Boleh Tumpang Kesenangannya – Arja Lee

Hiburan

Saya Mahu Wanita Berharta Dan Ada Kedudukan Supaya Boleh Tumpang Kesenangannya – Arja Lee

Arja Lee sekali lagi telah tampil memberikan kenyataan yang agak panas dan mampu mengundang kritikan ramai apabila meluahkan hasratnya untuk berkahwin bersama wanita yang mempunyai harta dan kedudukan agar Arja boleh tumpang senang.

Advertisement

Kenyataan itu adalah bagi menjawab persoalan portal Utusan Online yang ingin mengetahui bila agaknya aktor itu akan menamatkan zaman bujangnya.

Buat Arja jika seseorang wanita itu boleh mencari pasangan yang berpangkat, mengapa golongan lelaki tidak boleh melakukan perkara yang sama? Namun, Arja bukan memandang pada harta semata-mata tetapi tetap mencari ciri-ciri wanita solehah didalam diri mereka.

Kalau wanita boleh mencari pasangan yang bergelar Datuk terutama dari golongan ahli perniagaan untuk menjamin kebahagiaan di samping kewangan yang stabil, kenapa golongan lelaki tidak boleh mempunyai harapan yang sama?

Sebab itulah saya mahukan seorang wanita yang berharta, ada kedudukan supaya boleh menumpang kesenangannya. Semestinya, bukan itu sahaja ciri-ciri wanita idaman saya, malah bakal isteri haruslah cukup sifat wanitanya serta solehah.

Kalau boleh, si dia bukanlah dari kelompok selebriti atau artis. Cukuplah sekadar berkemampuan tetapi sederhana peribadinya dari kalangan orang biasa.

Buat masa ini Arja masih lagi mencari pasangan yang sesuai buat dirinya dan memberitahu beliau akan berkahwin dalam masa 2 tahun lagi.

Bukan senang hendak cari calon seperti yang Arja Lee mahukan. Tidak salah jika untuk seseorang lelaki mencari wanita yang lebih berpangkat namun janganlah sampai kena label makan hasil bini sahaja. Sebagai seseorang lelaki sudah menjadi tanggungjawab untuk menyediakan apa yang patut buat isteri dan bukan menumpang kesenangan mereka sahaja.

Sumber Berita:  Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...