Saya Mahu Tonjolkan Rekaan Terbabit Secara Jelas Kepada Umum Saja – Anuar Faizal

Trending

Saya Mahu Tonjolkan Rekaan Terbabit Secara Jelas Kepada Umum Saja – Anuar Faizal

Semalam agak kecoh apabila Netizen memberi reaksi negatif kepada koleksi Anuar Faizal: Unveiling the Eid Collection. Koleksi baju raya rekaan Anuar Faizal itu menampilkan model berbadan sasa memperagakan sampin dan seluar sahaja tanpa baju lengkap.

Bercakap kepada Harian Metro, Anuar memberitahu tujuan model lelaki hanya memakai sampin saja bagi memperlihatkan kepada umum fungsi dan kegunaan rekaan itu.

Manakala, model berseluar saja pula bertujuan menunjukkan rekaan seluar ‘slimfit’ yang dilengkapi dua poket kiri dan kanan selain menggunakan getah di belakang untuk memudahkan pergerakan ketika solat.

Advertisement

Saya menjualnya dengan set lengkap iaitu termasuk sampin, baju serta seluar namun pada majlis itu saya mahu menonjolkan rekaan terbabit secara jelas kepada umum saja.

Sebelum majlis itu berlangsung, saya sudah memikirkan kemungkinan yang akan berlaku termasuk dikritik oleh orang ramai yang kemungkinan tidak memahami tindakan itu hanya mahu menunjukkan rekaan semata-mata dan bukannya mahu publisiti murahan.

Jadi sepatutnya disebabkan beliau mengetahui kritikan akan dibuat Anuar sepatutnya membuat penerangan mengenai perkara itu di Instagram sewaktu gambar-gambar itu dimuat naik menggunakan ruangan kapsyen untuk mengelakkan salah faham.

Malah dia mengambil masa yang lama untuk membuat penerangan itu di Instagram.

Ada yang memandang sinis penerangan Anuar, kerana sebelum ini juga beliau pernah menampilkan model sasa dengan hanya berseluar ‘boxer’ jarang rekaannya.

Screen Shot 2016-04-25 at 10.05.16 AMDiharap Anuar Faizal mempelajari sesuatu insiden ini. Kalau mahu mengelak salah faham sepatutnya perkara tersebut diterangkan lebih awal. Maklumlah, bukan semua orang pernah menghadiri peragaan koleksi fesyen oleh pereka.

Bila tunggu ia jadi viral sebegini baru memberi penjelasan, pasti orang ramai akan membuat telahan bahawa segalanya ada motif tertentu. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...